KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 01, 2012

Angkara Scorpene keselamatan negara tergugat, dokumen sulit TLDM 'dijual' kepada DCNS


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoal bagaimana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.

"Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib. Saya khuatir adakah Najib juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan," katanya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, KEADILAN akan memfailkan usul tergempar di parlimen berhubung penjualan dokumen sulit kerajaan kepada syarikat pertahanan Perancis itu. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana kemungkinan wujud bahaya besar kepada negara. Katanya, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nurul Izzah seperti dilapor Malaysiakini. Kelmarin, Joseph Breham, peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan dokumen sulit TLDM dijual kepada DCNS dalam urusan pembelian Scorpene.

Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial. Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Back ache is annoying and can hinder our every
day routines. Operating on a normal basis will enable reinforce your leg and your back muscles.


Here is my site - flex mini review