Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bertindak terhadap dakwaan "pengkhianatan" dalam penjualan rahsia negara kepada pihak asing, yang berkaitan dengan penjualan kapal selam Scorpene, kata DAP, lapor Malaysiakini.
"Ia juga rasuah yang terkeji... SPRM mesti berhenti memeluk tubuh," kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang. Anggota parlimen Ipoh Timor itu juga mempersoalkan tindakan SPRM membuat pelbagai pengumuman semalam tetapi tidak menyentuh langsung pendedahan peguam Perancis Joseph Breham.
Suruhanjaya itu semalam membersihkan nama bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Abdul Jalil daripada sebarang peranan dalam skandal National Feedlot Corporation dan membuka semula siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Semalam, dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan - didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis. Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mendakwa syarikat itu membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".
4 ulasan:
kalau pengkhianatan ini juga melibatkan datuk najib, bagaimana dicadangkan pangkat datuknya ditarik balik dan dilucutkan kerakyataannya? kerana pengkhianat negara patut diusir dari negara tercinta ini.
nak suruh anjing belaan makan tuan ke? kirim salam aje le.....
I've been browsing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all website owners and bloggers made good content as you did, the internet will be much more useful than ever before.
Look into my page :: graduate certificate online
I've been browsing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all website owners and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.
My homepage - payday loans
Catat Ulasan