KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 29, 2008

Selain RTM, TV3 Juga Jadi Jentera Penerangan BN

PAS Wilayah menghantar memorandum bantahan kepada RTM kerana menjadi perkakas BN memburuk-burukkan PAS!

By TARMIZI MOHD JAM

UMUM telah tahu, RTM adalah talibarut BN yang sudah diperalatkan sepenuhnya oleh para pemimpinnya untuk kepentingan parti itu.

Bukan sekadar di luar musim pilihan raya tetapi pada musim pilihan raya seperti sekarang, hampir sepenuh ruang digunakan untuk berkempen agar pengundi mengundi BN dalam pilihan raya ini.

Pelbagai jenama prof kangkung, doktor kuchai dan sawi, pensyarah rojak pesembur dipungut ke dalam apa jua rancangan yang membolehkan mereka bercakap memperkatakan "kehebatan" anak Badawi dan timbang berat sebelahnya - BN.

TV3 sejak penamaan calon sudah mengejar RTM. Ia tidak mahu ketinggalan membodek tuannya BN, lalu menyediakan pelbagai rancangan untuk calon-calon mereka yang bertanding.

Segmen "Lintas Langsung" dicelah Buletin Utama menyuluh kawasan-kawasan tertentu calon BN diselusuri wartawan upahannya untuk membuat liputan. Bertuahnya mereka, menentang parti alternatif dengan segala senjata dan nuklear.

Tidak malukah BN berlawan dan bertarung dengan parti yang terikat tangannya ke belakang? Demi kuasa, pangkat dan hujungnya harta, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menang.

Parti alternatif ibarat Altantuya, yang dibunuh kemudian dibom hingga berkecai tubuhnya. Tiada peluang untuk melawan dan berlawan!

Maruah diketepikan. Etika pilihan raya digam. SPR jadi polis mereka. Polis pula kini bodyguard tak rasmi. Tv dan radio, jentera penerangan baru.

Akhbar dan majalah, pusat promosi. Bangunan awam bilik gerakan mereka. Pegawai kerajaan, jadi budak suruhan. Semua tembelang ini diketahui umum, tapi SPR berpeluk tubuh. Polis bergoyang kaki.

Pilihan raya apakah ini? Anak Badawi mencurah duit kosong melalui koridor, menteri sementara menabur janji. Malang sunggup pilihan raya 12 kali ini!

Laporan Polis: BN Jadikan PREMIS AWAM Bilik Gerakan!


By MOHD SABRI SAID

PAS Tasek Gelugor memberi masa tiga hari pada polis untuk mengarahkan Barisan Nasional (BN) keluar daripada permis milik kerajaan yang digunakan untuk Bilik Gerakan BN sempena kempen pilihan raya umum ke-12 yang sedang rancak sekarang ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Haji Abdul Rahman Kasim berkata, BN begitu biadap dan angkuh kerana sebelum ini pembangkang tidak pernah mengemukan bantahan terhadap perbuatan mereka itu.

"Kita telah buat laporan dan berharap pihak polis bertindak cepat jangan berlengah lagi khuatir berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas semalam.

Kata beliau, banyak bangunan milik kerajaan digunakan sebagai Bilik Gerakan BN contohnya, dewan orang ramai, pejabat penghulu, Kompleks Kementerian Belia dan Sukan, perpustakaan desa dan sebagainya.

Penggunaan kenderaan kerajaan juga dikenal pasti turut membantu calon BN dalam setiap pilihan raya sama kecil ataupun umum.

"Polis usah bekerja untuk Umno tetapi bekerja untuk rakyat sebab rakyat membayar gaji mereka bukannya Umno. Kita yang bayar gaji polis kenapa pasukan itu perlu takut. Kerajaan sekarang bukan sebuah kerajaan yang sah sebaliknya hanya sementara," jelas beliau.

BN Peralat Gambar MUSA HASSAN TAKUTKAN Pengundi Pos Polis!

BN kini benar-benar terdesak, sanggaup "memeperalatkan" wajah Ketua Polis Negara sebagai penjawat awam untuk mengisi kempen politik. Ini satu bentuk penyalahgunaan imej penjawat awam!

By TARMIZI MOHD JAM

DALAM perkembangan lain, PAS mendesak agar pihak bertanggung jawab segera menjalankan siasatan terhadap calon BN Dun N.19 Demit Kelantan Dato' Muhamad Abdul Ghani berhubung dakwaan salah laku beliau sebagai Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahril, dakwaan terhadap Muhamad Ghani itu juga difahamkan turut disertakan kepada pihak BPR.

Ini bermakna, nama Muhamad Abdul Ghani "terlepas" dari tapisan BPR jika benar beliau pernah dihadapkan tuduhan salah laku itu ketika memimpin PBTM.

PAS juga turut melahirkan rasa kesal kerana Barisan Nasional (BN) dengan sewenang-wenangnya telah menggunakan wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menghiasi menifesto BN di muka surat 6, Bab Undang-undang dan keselamatan awam.

PAS berpendapat, penggunaan wajah Ketua Polis Negara merupakan satu bentuk penyalahgunaan imej penjawat awam untuk kempen politik.

Roslan berkata, dengan menggunakan wajah Ketua Polis Negara seolah-olah BN mengharapkan semua undi pos dikalangan anggota dan pegawai polis akan mengundi mereka!

Haji HADI SEDIA DEBAT Dengan ANAK BADAWI 5 Mac Ini

TG Haji Abdul Hadi bersedia untuk berdebat dengan anak Badawi pada 5 Mac ini (Rabu) berkenaan Manifesto PAS yang dipersoalkan oleh BN! Setujukah anak Badawi itu?

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdebat dengan Presiden dan Timbalan Presiden Umno mengenai manifesto PAS,'Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan'.

Roslan Shahir Dato' Mohamad Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, berkata Abdul Hadi bersedia untuk melakukan perdebatan tersebut pada 5 Mac (Rabu) ini dengan Dato' Seri Abdullah Badawi.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa juga tegasnya turut menyatakan kesediaan yang sama untuk berdebat dengan Dato' Seri Najib Tun Razak pada 4 Mac (Selasa).

Mereka berdua menyerahkan kepada anak Badawi dan Najib untuk menetapkan lokasi bagi perdebatan itu.

Roslan berkata, perdebatan tersebut akan membuktikan kepada dunia keterbukaan semua pihak di Malaysia bagi mandaulatkan demokrasi dan menjalankan pilihan raya secara teratur dan bersih.

"Perdebatan tersebut bagi membolehkan rakyat menilai berdasarkan hujah dan fakta yang dikemukakan. Rakyat tidak mahu, malah bosan dengan propaganda yang berat sebelah, yang hanya menyerang satu pihak tanpa memberi ruang dan peluang kepada pihak berkenaan untuk membela dan mempertahankan diri," katanya sewaktu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

TG NIK AZIZ Akan TURUN KEMPEN Bantu PAS PUTRAJAYA 2 Mac Ini!

Tok Guru Nik Aziz diturunkan ke Persint 9, Putrajaya bagi menerangkan perjuangan PAS dan membantu calonnya, Mohamad Noor Mohd memenangi kerusi keramat itu.

By TARMIZI MOHD JAM


MURSYIDUL Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turun ke Persint 9, pada 2 Mac ini jam 5 petang di Dewan Presint 9 untuk menemui para pengundi di sana.

Menurut Calon PAS Putrajaya, Mohamad Nor Mohamad warga Putrajaya boleh sama-sama mengikuti ceramah perdana julung kalinya dalam tempoh berkempen.

Menurut rekod, di Presint 9 jumlah penduduknya separuh daripada jumlah pengundi iaitu kira-kira 3,000 orang.

"Lokasi ini menjadi tumpuan kita, sebab itulah kita pilih Presint 9, bukan dari segi jumlah pengundi bahkan majoriti di situ adalah orang Islam," katanya.

Harakahdaily dipetik sebagai berkata, sehingga kini kata Mohamad noor, tidak ada apa-apa halangan dan sekatan daripada mana-mana pihak bagi mengganggu proses berkempen di Putrajaya.

"Setakat ini kami tidak ada halangan, kempen berjalan lancar. Kami bertemu dengan kakitangan kerajaan di lobi bangunan, dan kantin ketika waktu rehat," katanya.

Bagaimanapun, katanya mungkin di tempat lain calon-calon PAS mengedarkan manifesto tetapi beliau mengedarkan risalah tentang kesedaran pengundi dan hak mereka termasuklah kerahsiaan undi yang dijamin oleh SPR.

"Kakitangan kerajaan ini mereka agak takut sedikit, sebab itu kita bagi risalah tentang hak mereka iaitu undi adalah rahsia," katanya.

Apa yang mengecewakan, untuk program ceramah penggunaan dewan dan padang tidak dibenarkan, kata Pesuruhajaya PAS Wilayah Persekutuan itu.

Bagaimanapun, katanya perkara ini dapat diselesaikan apabila beliau sendiri berjumpa dengan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Shamsudin Osman yang akhirnya memberi kebenaran mengadakan ceramah perdana.

Beliau dan jentera pilihan rayanya mula bergerak seawal subuh di surau dan berakhir dengan solat Maghrib seterusnya ceramah.

Mohamad Noor juga optimis dengan penerimaan warga Putrajaya memandangkan dalam aktiviti berjumpa masyarakat beliau diberi sambutan yang baik.

P.125 Parlimen Putrajaya menyaksikan satu lawan satu antara Mohamad Nor Mohamad (PAS) dengan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN).

Dalam pilihan raya umum lalu, BN yang menang majoriti sebanyak 3,546 undi menewaskan calon KeAdilan.


PAS Tawar RUMAH MILIK SENDIRI Bukan Sewa, Jika Menang!

Manifesto PAS cukup realistik untuk dilaksanakan dan mampu mengankat martabat rakyat kemakam terunggul

By ISMAIL YAHYA

PARA penghuni Perumahan Penempatan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Kg. Pandan ditawarkan rumah yang mereka duduki sekarang akan menjadi hak mereka secara sewa beli berbanding menyewa sekarang, jika PAS mentadbir negara.

Ketika menegaskan perkara ini, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan tindakan DBKL terus menyewakan rumah tersebut adalah bukti penafian BN terhadap hak rakyat memiliki rumah sendiri terutama dikalangan rakyat berpendapatan rendah.

Dalam kempen ceramah terbuka bersama calon PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali, Tarmizi berkata tekanan hidup yang tinggi dan kenaikan barang melampau telah meletakkan rakyat berada pada tahap tertekan akibat pelbagai bayaran terpaksa dijelas bagi meneruskan hidup.

"Walhal, pendapatan kita rendah. Gaji dinaikan tapi minyak juga turut naik. Akhirnya gaji naik tidak memberi makna. Barang lain ikut naik. Yang terbeban kita, rakyat bawahan," tegasnya sambil disambut sorakan "betul, betul, betul"!

Selain itu, Tarmizi juga memberitahu PAS menawarkan biasiswa kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan menghapuskan PTPTN, juga memberikan pendidikan percuma di semua peringkat.

Beliau yang juga mantan calon PAS Dun Bota, Perak mengajak penghuni PPR Laksamana agar membuat perubahan menolak calon "BarangNaik" Aziz Jamaluddin bagi mengembalikan martabat rakyat yang merdeka dan bermaruah.

"Kita pakat ubah! Kalau kita pasukan bola sepak, mari kita pakai jersey hijau kali ini. Kalau rasa tak serasi, nanti lima tahun lagi pakai balik jersey biru. Ini hak tuan-tuan," ujar beliau kepada kira-kira 300 hadirin.

Turut berceramah semalam, calon Dr. Lo Lo Ghazali, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin, Exco Pemuda PAS Wilayah, Zamri dan seorang aktivis masyarakat En. Lim yang berceramah dalam bahasa Cina.

Najib UGUT PEMBANGKANG Jangan Cuba TUBUH KERAJAAN!

Memang hanya BN sahaja yang telah "lulus ujian" dalam memunggah harta rakyat ke poket sendiri dan menyebat duit rakyat. Boleh beri 10 bintang atas kelicikan ini!

By BERNAMA


PAKATAN parti pembangkang hanya merupakan persefahaman pilihan raya di mana ia hanya untuk bermuafakat dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya umum dan tidak lebih daripada itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini adalah kerana mereka percaya untuk mewujudkan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi mendapat kelebihan pada pilihan raya umum ini.

"Mereka tidak boleh pergi lebih jauh dari itu. Nak berpakat pun takut, nak bergambar bersama pun takut, pakat pun dalam gelap.

"Malah mereka tidak berani untuk mengeluarkan manifesto atau pun logo dan dasar secara bersama. Pakatan antara DAP, PKR dan PAS ini adalah satu pakatan yang rapuh. Jangan cuba nak tubuhkan kerajaan.

"Mereka tidak boleh pergi lebih jauh dari itu. Nak berpakat pun takut, nak bergambar bersama pun takut, pakat pun dalam gelap.

"Malah mereka tidak berani untuk mengeluarkan manifesto atau pun logo dan dasar secara bersama. Pakatan antara DAP, PKR dan PAS ini adalah satu pakatan yang rapuh. Jangan cuba nak tubuhkan kerajaan," katanya pada majlis perjumpaan bersama ketua-ketua masyarakat di sini Khamis malam.

Najib berkata parti pembangkang ingin meniru konsep perkongsian kuasa BN tetapi tidak boleh mengikuti jejak langkah itu kerana pakatan BN dibuat secara terang-terangan dengan mewujudkan formula menang yang telah berkekalan sejak 50 tahun dan telah pun "lulus ujian itu mengikut masa".

Beliau berkata BN pula bukan setakat berkongsi kuasa tetapi juga mempunyai kepercayaan terhadap satu sama lain dan sebab itu ia kekal sehingga ke hari ini.

Menyentuh mengenai perkongsian kuasa, Najib berkata BN dalam apa jua keadaan tetap mempertahankan rakan-rakannya, contohnya MIC.

Walaupun masyarakat India di negara hanya 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini dan sukar untuk mendapat kawasan pilihan raya yang majoritinya kaum India, BN tetap memberikan peluang kepada calon kaum itu untuk bertanding.

"Jika tidak adanya persefahaman dan perkongsian kuasa ini, mungkin tiada penyertaan kaum India di peringkat nasional dan negeri," katanya.

Beliau berkata contoh yang terbaik adalah pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Selangor pada 28 April tahun lepas.

Walaupun majoriti pengundi di situ adalah kaum Melayu, BN dalam apa jua keadaan telah mencalonkan calon MIC K. Partiban yang memenangi dengan majoriti 1,850 undi.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi PKR pula yang merupakan parti berbilang kaum telah menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengetepikan kawan karib dan setianya, Datuk K.S Nalakaruppan demi kepentingan politik.

"Persahabatan tidak ada makna kepada PKR berbanding BN yang mementingkan semangat setiakawan," dan menambah:"Ini kejayaan kita kerana kita tidak mencari kesempatan.

Beliau berkata sementara DAP pula asyik mengetengahkan calon payung terjun seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang sentiasa bertukar kerusi dan negeri yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum.

Najib turut mengingatkan pengundi Pulau Pinang tidak membuat keputusan dengan mengundi calon BN untuk DUN dan undi pembangkang untuk Parlimen kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan memacu pembangunan di negara ini.

Mantan EXCO Kedah Sertai PAS, MAHADZIR KHALID MAKIN TENAT!

Bakal MB Kedah dari PAS? Senario politik Kedah makin memihak kepada PAS dan kemaraan kaum India menyuntik semangat baru pembangkang!

By HARAKAHDAILY

LAGI berita gempar dari Kedah. Jika kelmarin bekas Exco dari parti Gerakan, Cheung Khai Yan menyertai KeADILan, hari ini bekas Exco dari Umno pula bakal menyertai PAS dan akan menyerahkan borang keahlian kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.

Beliau dilantik sebagai Exco bagi penggal 1999 dan digugurkan pada sesi 2004.

Majlis penyerahan borang akan dilangsungkan pada jam 5.00 petang ini di pejabatnya tidak jauh dari bandar Alor Star.

Difahamkan, BN Kedah menghadapi pelbagai masalah kronik dalam pilihan raya kali ini dengan beberapa insiden protes seperti di Sik, Jerlun, Langkawi, Alor Star, Pokok Sena, Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain yang ke semuanya berkisar mengenai ketidakpuasan hati mengenai calon yang dipilih.

MB Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid juga semakin dipertikaikan kerana semua komponen BN tahu, beliau sedang menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada untuk mengumpul dana pilihan raya berangka ratusan juta ringgit tetapi setakat ini tidak disalurkan ke mana-mana bahagian atau bilik gerakan BN atau Umno.

Bagi mereka, Mahdzir hanya mementingkan diri sendiri untuk memastikan beliau terus menang di Dun Pedu tetapi sanggup membiarkan jentera di tempat lain lumpuh ekoran tidak mendapat kerjasama petugas kerana tidak mendapat wang yang secukupnya.

Masa Yang CUKUP Anak Badawi Tunai Janji - LIM KIT SIANG

By MALAYSIAKINI

SEMENTARA itu, Lim berkata, beliau merasa terkilan dengan tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa pihak pembangkang menyebarkan pembohongan untuk memecah-belah perpaduan BN.

“Saya merasakan tuduhan Abdullah yang saya dan pemimpin DAP berbohong mengenai dirinya dan BN adalah tidak adil, sedangkan saya adil terhadapnya, dengan memberinya lebih masa untuk menunaikan banyak janji-janjinya untuk membawa perubahan ketika menjadi perdana menteri empat tahun yang lalu," katanya.

Malah, Lim berkata, beliau pernah menyuarakan sokongannya terhadap Abdullah untuk melaksanakan janji-janjinya apabila beliau menjadi Perdana Menteri untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang "bertanggungjawab, cekap dan tidak rasuah".

“Sejurus selepas kemenangan besar BN pada pilihanraya umum 2004, saya telah ditanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini berapa lama saya beri masa kepada Abdullah untuk menunaikan janji-janji perubahan tersebut - dan saya berkata, saya memberi beliau masa dua tahun untuk berbuat demikian, dan menangguhkan sebarang penghakiman untuk sementara waktu.

"Dua tahun sudah berlalu dan Abdullah masih gagal membawa sebarang kemajuan nyata untuk memenuhi janji-janji perubahannya, (tetapi) saya masih lagi belum menyuarakan kekecewaan saya kerana saya memutuskan untuk memberi beliau tempoh setahun lagi," kata Lim.

Lim menambah, beliau tidak akan mencontohi sikap Abdullah dengan menuduh manifesto BN mengandungi "pembohongan dan kepalsuan".

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat fakta-fakta yang mengelirukan dalam manifesto tersebut.

Lim, yang bertanding mempertahankan kerusinya Ipoh Timur, dicabar oleh calon muka baru dari BN Liew Mun Hon.

Calon BN Boleh DIBATALKAN, Manifesto Langgar Undang-Undang!

Apakah SPR akan bertindak kepada BN yang jelas melanggar undang-undang tidak mencetak nama pencetak pada buku Manifesto BN?

By MALAYSIAKINI

BERJUTA-JUTA manifesto Barisan Nasional - yang dilancarkan tiga hari lalu - mungkin melanggar undang-undang pilihanraya.

Manifesto itu yang diterbitkan dalam tujuh bahasa, termasuk huruf Jawi, Iban dan Kadazan, dikatakan tidak mematuhi peraturan yang mewajibkan semua bahan bercetak meletakkan nama penerbit dan syarikat percetakannya.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, calon-calon BN berdepan dengan risiko pencalonan mereka dibatalkan sekiranya manifesto tersebut tidak ditarik balik dengan segera.

Menurut Lim, manifesto BN hanya menyiarkan nama penerbit - ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra. Bagaimanapun, jelas sekali tidak terdapat nama pencetak pada manifesto tersebut.

“Jika parti-parti pembangkang bersalah melanggar undang-undang seumpama itu, sudah pasti calon-calon mereka akan berdepan dengan tindakan," kata Lim.

Menurutnya, manifesto tersebut mesti diganti baru dengan bahan bercetak yang mempunyai identiti pencetaknya seperti mana yang dikehendaki undang-undang.

“Ini sekali lagi merupakan satu ujian sama ada terdapat satu undang-undang untuk rakyat biasa tetapi ada pula undang-undang lain untuk mereka yang berkuasa," kata Lim.

Umno MARANG Kian CELARU, Haji HADI MAKIN GAGAH

Presiden PAS, haji Abdul Hadi Awang dijangka akan melangkahkan kakinya ke Dewan Rakyat semula selepas 8 Mac ini...

By MUDA MOHD NOOR

EMPAT hari selepas pencalonan, banyak lagi bilik gerakan pilihanraya Umno gagal dibuka, khususnya kawasan parlimen Marang, dipercayai susulan boikot penyokong Datuk Abdul Rahman Bakar dan Datuk Dr Latif Awang.

Abdul Rahman, penyandang kerusi parlimen itu, dan Dr Latif pula penyandang kerusi DUN Bukit Payong, satu daripada empat DUN dalam kawasan tersebut, tidak bertanding kali ini.

Mereka masing-masing diganti dengan calon BN muka baru Datuk Dr Ahmad Ramzi Muhammad Zubir dan Fauzi Muda.

Selain ketua bahagian, Abdul Rahman juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Dr Latif pula exco negeri bagi Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Latihan dan Teknologi Maklumat.

Kedua-duanya pula dilihat sebagai saling bersaing di bahagian tersebut.

Dalam tinjauan Malaysiakini ke beberapa kampung di parlimen tersebut hari ini, kelihatan bilik-bilik gerakan yang masih belum beroperasi walaupun hari mengundi Sabtu minggu depan.

Dua kawasan yang paling ketara di Kampung Gelugor Kedai, kampung halaman Abdul Rahman dan di pekan Bukit Payong, kubu kuat Datuk Dr Abdul Latif.

Seorang ketua bilik gerakan Umno di Bukit Payong memberitahu, "orang kuat Umno di sini masih belum menunjukkan muka sejak hari penamaan calon, Ahad lalu."

"Pekerja dan penyokong Umno menjadi lemah semangat apabila pemimpin Umno tidak muncul. Saya belum nampak muka lagi Abdul Rahman atau Dr Latif datang ke kawasan ini," katanya, yang enggan dikenali.

Tambahnya, bendera Umno dan kain pemidang yang dipasang di Bukit Payong juga tidak sebanyak yang dinaikkan oleh PAS.

Penyokong muda Umno yang selama ini datang melakukan kerja-kerja menampal poster, kini muncul pada masa-masa tertentu sahaja, jelasnya. "Kalau ada upah mereka datang.

Kadang-kadang mereka datang hanya untuk makan dan minum sahaja atau mengambil rokok," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong Umno di Kampung Gelugor Kedai berkata, poster Umno di kawasan ini jauh berkurangan berbanding tahun 2004 semasa Abdul Rahman bertanding.

Katanya, jumlah penyokong Umno yang datang ke bilik gerakan juga tidak seramai berbanding tahun 2004.

"Apa yang pasti, kami tidak seghairah semasa Abdul Rahman bertanding di parlimen Marang. Ramai yang datang sekadar bersembang kosong sementara mata mengantuk," katanya lagi.

Jika dibuat perbandingan, poster dan kain pemidang PAS lebih banyak daripada poster dan kain pemidang Umno.

Malah beberapa tempat di Marang, hanya beberapa helai poster Umno, itupun saiznya kecil.

Pengerusi BN Terengganu dan juga Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh membuat perubahan mengejut dengan menggugurkan ramai pemimpin kanan, termasuk Datuk Rosli Mat Hassan (penyandang kerusi Dungun) dan Datuk Tengku Putera Awang (Hulu Terengganu).

Umno negeri bagaimanapun sering menegaskan parti itu tidak menghadapi masalah berdepan dengan PAS dan PKR, sementara pengundi pula akan tetap bersama BN dalam pilihanraya umum ini - malaysikini

Duti Setem: SERET Saja SPR & RASHID Ke Mahkamah!

Anak Emas, anak Badawi ini mesti diajar dengan undang-undang bagi "menyelamatkannya" dari terus menjadi "syaitan bertopeng manusia"!

By ADAM MARHAEIN

SAYA petik kenyataan berikut dalam Laman Marhaen (juga Blog Sanggahtoksago.Com), Utusan Malaysia, 26 Februari 2008 melaporkan kenyataan SPR itu, bagi menjawab apa yang dibangkitkan oleh Mohd Sabu dan PAS sebelum ini, seperti berikut:

SPR menafikan ada mengeluarkan surat arahan membatalkan keperluan bagi setiap calon mengemukakan setem hasil yang dimatikan pada borang penamaan calon.

Setiausahanya, Datuk Kamarulzaman Mohd Nor berkata, surat yang dikeluarkan oleh pihaknya mengenai setem hasil itu sebelum ini adalah sejajar dengan peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

"Mansuhkan arahan yang dikeluarkan oleh saya itu tidak ada. Siapa kata? Saya tidak terima apa-apa maklumat arahan itu ditarik balik.

"Peraturan itu berjalan lama dah tapi orang tak perasan, kali ini kita dapat nasihat perundangan pada Khamis (21 Februari), pukul satu petang dan maklumkan kepada semua calon mengenai keperluan undang-undang itu," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media SPR di sini hari ini."

Yang jelas, pada pagi - tengahari hari penamaan calon 24hb Februari 2008, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid sendiri dalam temubual secara lintas langsung dari Putrajaya (kalau tak silap saya) dengan TV1@TV3, menjelaskan bahawa SPR telah/akan menerima pencalonan untuk calon-calon yang mengemukakan pencalonan sama ada berserta duti stem atau pun tidak.

Saya rasa kenyataan ini cukup serius dan amat bertentangan dengan dengan kenyataan di atas.

Oleh itu, saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi, mahu PIHAK YANG BERKENAAN mengambil TINDAKAN NYATA untuk membawa isu ini ke mahkamah melalui petisyen yang sepatutnya.

Ini bukan persoalan saya berada di pihak mana, tetapi saya akan berada di PIHAK YANG BENAR dan mahukan KEBENARAN.

RASUAH & POLITIK WANG Memang Budaya Umno-BN , KATA Tun MAHATHIR

By TARMIZI MOHD JAM

BUKAN isu baru. Politik wang atau rasuah sudah sebati dalam Umno. Jangan kata mereka yang memimpin Umno-BN bersih dari segala noda rasuah atau politik wang.

Politik menular segar dalam pemilihan Umno di semua peringkat dan kini politik wang terus bermaharajalela sepanjang kempen-kempen pilihan ke 12 ini.

Apa kata Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri berkenaan isu POLITIK WANG dan RASUAH ini... Ikuti klip video ini!

CILI API Cadang Hantar Saja NAJIB Jadi DUTA Ke MONGGOLIA

Apakah Najib Tun Razak benar-benar terlibat dengan skandal letupan Altantuya yang kini dalam perbicaraan?

By CILI API

BEBERAPA penceramah dari parti-parti luar kerajaan (Cili Api tak suka sangat mengguna istilah “parti pembangkang”), menyeru supaya para pengundi memberi peluang satu penggal saja untuk parti mereka berkuasa.

Jikalau tidak puas hati selepas itu jatuhkan saja dan ganti semula dengan parti pemerintah sekarang. Tetapi kalau puas hati sokong teruslah.

Penceramah-penceramah ini memberikan pendapat persendirian. Mereka bukannya mengemukakan satu dasar rasmi yang disetujui semua pihak.

Tidak ada dasar rasmi PKR, PAS dan DAP berhubung perkara ini.

Tetapi nampaknya Datuk Seri Abdullah Badawi bukan main takut lagi dengan pendapat ini. Lantas beliau menyeru berulang-ulang supaya rakyat tidak terpengaruh.

Nampak benar Dolah dan juga Umno-Bn semakin tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka tahu, kali ini mereka akan kehilangan banyak kerusi.

Bahkan kadang-kadang mereka takut mungkin kehilangan kuasa pula. Ini yang paling mengerikan Dolah.

Yang menarik perhatian Cili Api ialah semalam TV Malaysia menyiarkan ucapan berdegar-degar Datuk Najib Razak.

Najib banyak menumpukan masa berkempen di Kelantan, sejak beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya ini.

Beliau kelihatan sangat ghairah kerana selalu berangan-angan dan termimpi-mimpi PAS boleh ditewaskan dan Umno akan berkuasa di Kelantan.

Dalam ucapan berdegar-degar itu Najib menyeru pengundi di Kelantan memberikan kemenangan untuk satu penggal saja kepada Umno dan jikalau tidak puas hati ganti semula.

Nampaknya pendekatan Dolah dan Najib berlawanan. Dalam hal ini pendapat Najib selari dengan pendapat penceramah-penceramah dari parti-parti luar kerajaan itu dan bertentangan dengan pendapat Dolah.

Cili Api dengar mereka berdua ini memang berbeza dan bertelagah dalam banyak hal, termasuk kes peletupan Altantuya.

Cili Api cadang baik Dolah hantar Najib menjadi Duta Besar ke Mongolia saja. Habis cerita!

Atas Nama MENTERI, Najib Seru TENTERA SOKONG BN!

PAS/DPPP/1.03.04-07(020)
28 Februari 2008 21 Safar 1429

Kepada :
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri, Kementerian Pertahanan Malaysia,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.

YAB. Dato’ Sri;

NOTA BANTAHAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) kesal di atas sikap YAB. Dato’ Sri Menteri Pertahanan Malaysia yang menjalankan kempen pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke12 di atas nama jawatan Menteri.

Semalam, TV3 melaporkan YAB. Dato’ Sri telah mengadakan satu siri kempen di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan Darul Iman dan secara terang-terangan berkempen merayu undi pasukan tentera di sana dengan menggunakan nama “Menteri Pertahanan Malaysia”.

Kejadian sebegini menggambarkan sikap sebenar YAB. Dato’ Sri yang tidak mengambil peduli untuk mendokong pilihanraya yang adil dan telus sepertimana yang didakwa wujud oleh SPR dan kerajaan.
Sekian, dimaklumkan.

Yang menjalankan amanah;
AHMAD SABKI YUSOF
Setiausaha
Dewan pemuda PAS Pusat

Adnan Yaakob DISABOTAJ, Poster Tidak Ditampal?

Dari bisik-bisik yang dimainkan, Adnan Yaakob telah meluluskan 2,000 ekar kawasan balak pada Tengku Wong si Tokeh Balak sebagai balasannya Umno Bentong melalui Adnan Yakob telah menerima RM6juta tunai bagi modal berkempen dan 'modal pencen' selepas PRU-12 ini.

By RAMLAH BENTONG

SESUATU yang agak menarik telah berlaku di Pahang dlm PRU-12 ini. Biasanya poster-poster Umno@BN yang bertebaran memuatkan gambar PM, TPM dan Menteri Besar sesebuah negeri.

Tetapi di Pahang, hanya poster Pak Lah dan Najib sahaja yg kelihatan.

Saya berkesempatan bertanya pada beberapa orang anak-anak muda yang mengambil upah memasang bendera dan menampal poster BN, kemana perginya poster Menteri Besar Pahang si Adnan Yaakob ini?

Jawapan yang saya terima ialah, Ketua Bilik Gerakan BN hanya mengarahkan poster PM dan TPM-Najib sahaja ditampal, poster Nan Yaakob hanya diletakkan dalam stor!

Dah bertimbun-timbun dan dibiarkan begitu sahaja!!! Ada sesetengah Ketua Bilik Gerakan Umno@BN mengarahkan agar poster Adnan Yaakob dibawa balik ke rumah dan disimpan, kalau ditanya akan dijawab stok dah habis ditampal!!!

Itulah nasib yang menimpa Menteri Besar Pahang yang popular satu ketika dulu dengan 'aksi lucahnya' dalam pilihanraya kecil Sanggang.

Bukan perkara asing lagi bilamana ada di kalangan jentera Pemuda Umno bahagian sekarang ini sedang hangat berkempen 'menurunkan' Adnan Yaakob dari takhtanya selepas PRU-12 nanti.

Dari bisik-bisik yang dimainkan, Adnan Yaakob telah meluluskan 2,000 ekar kawasan balak pada Tengku Wong si Tokeh Balak sebagai balasannya Umno Bentong melalui Adnan Yakob telah menerima RM6juta tunai bagi modal berkempen dan 'modal pencen' selepas PRU-12 ini.

Adnan Yaakob pada masa mengumumkan calon Umno@BN baru2 ini pun macam 'tak berapa nak senyum' kerana calon-calon yang dipilih adalah dari kumpulan pro-Najib.

Nampak gayanya hayat politik Adnan Yaakob bakal berakhir akibat perbuatan Umno sendiri. Parti yang disokong dan dikendong bagai minyak yang penuh akhirnya membakar diri!

Kad Laporan, Koridor, Khairy: MAHATHIR KATA Rakyat Makin MARAH BN!

Saya agak pasti kekecohan di jalan raya sejak November lalu akan memberikan kesan ke atas jumlah undi yang diberikan kepada kerajaan. Jumlah undi (Barisan Nasional) akan berkurangan! - MAHATHIR

By ALI FIRDAUS BUTTI

"SAYA rasa, jika anda mengikut mereka, ia akan membawa bencana kepada parti".

Itulah jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya tentang kemungkinan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memainkan peranan yang lebih besar dalam Umno selepas pilihan raya ini.

Dalam temubual dengannya yang disiarkan oleh Today Online semalam, Dr Mahathir juga berkata kad laporan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melaporkan perkara-perkara yang negatif.

"Sebagai contoh, kehilangan begitu banyak wang, prestij negara menurun dan hakikat bahawa ramai yang tidak dapat mencari kerja dan perniagaan di dalam negara ini. Mereka terpaksa pergi ke tempat lain," kata bekas Perdana Menteri.

Dr Mahathir menyifatkan koridor demi koridor yang dilancarkan oleh Abdullah hanya pengumuman semata-mata.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku di tempat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat begitu hebat. Sehingga bertrilion ringgit dan akan menjadi kenyataan mungkin dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh itu, kesemuanya adalah janji. Sesiapa sahaja boleh berjanji," katanya.

Beliau juga tidak menolak tanggapan bahawa tindakan mencalonkan anaknya, Datuk Mukhriz bertanding di Jerlun adalah untuk meminggirkannya.

Sebelum diletakkan bertanding di Jerlun, Mukhriz menyatakan kesediaannya untuk bertanding di Langkawi, yang disifatkan oleh pemerhati sebagai lebih selamat.

"Saya tidak tahu. Sesetengah orang berkata, perkara itu memang berlaku. Tetapi, saya tidak ada bukti".

Mengenai peluang pembangkang dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir menjangkakan undi Barisan Nasional akan berkurangan.

"Saya agak pasti kekecohan di jalan raya sejak November lalu akan memberikan kesan ke atas jumlah undi yang diberikan kepada kerajaan. Jumlah undi (Barisan Nasional) akan berkurangan," kata Dr Mahathir yang menyifatkan pembangkang tidak kelihatan boleh berkerjasama.

Kekuatan pembangkang, katanya, ialah kerana begitu banyak perkara negatif termasuk banyaknya kes rasuah di dalam kerajaan dan peningkatan kadar jenayah.

Apa SPR BUAT? Najib & Shafie Guna Jentera Kerajaan Kempen BN!

Gambar superimpose yang direka Tian Chua, calon PKR Batu yang menggemparkan ketika isu Altantuya meletup!

By TARMIZI MOHD JAM

PERSOALANNYA, apakah yang SPR boleh buat? Selain berpeluk tubuh, tidakkah ada tindakan lain yang dapat menunjukkan SPR itu badan bebas?

Padanlah Pemuda PAS semalam menghantar dua nota bantahan kepada Timbalan Pengerusi Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Mohd Shafie Apdal berhubung penglibatan secara langsung dalam kempen pilihan raya umum dengan menggunakan nama sebagai menteri.

Mereka tidak memalu dan muka tembok. Selamba sahaja memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan parti. Apakah ini tiadak menyalahi etika pilihan raya?

SPR tentu sekali takut dan kecut untuk mengambil tindakan. Kerana tuannya Rashid Abdul Rahman dilantik khas untuk melakukan kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN.

Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, dalam nota bantahan kepada Najib Dan Shafie melahirkan rasa kesal kerana kejadian sebegini menggambarkan sikap kementerian terbabit yang tidak mengambil peduli untuk mendokong pilihan raya yang adil dan telus sebagaimana yang didakwa wujud oleh SPR dan kerajaan.

Semalam, mengikut laporan TV3 dalam Buletin Utama, Najib mengadakan satu siri kempen di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan secara terang-terangan berkempen merayu undi pasukan tentera dengan menggunakan nama 'Menteri Pertahanan Malaysia".

Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) menghantar Penolong Penguatkuasa kementerian itu, Zulkifli Ibrahim berkempen di atas pentas BN di Parlimen Titiwangsa bersama calon BN, Dato' Abdul Aziz Jamaluddin.

Dalam perkembangan sama, PAS melalui Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir turut melahirkan rasa kesal atas sikap berkenaan.

Roslan yang berkata demikian dalam sidang akhbar, hari ini turut mendesak SPR menyatakan pendirian mereka dalam perkara ini secara terbuka dengan segera!

"GEDEBE" Ibrahim Ali, SELAMATKAN TG NIK AZIZ

RTM dan media cetak Utusan Malaysia terutamanya, memang sentiasa mencari peluang untuk mengeksploitasi apa jua keomen Tok Guru Nik Aziz...

By MANSOOR JP

IBRAHIM Ali menghalang wartawan yang selalu tidak bersikap profesional memutar belit kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila membuat liputi akhbar.

Apatah lagi dimusim pilihanraya ini.Perkara itu berlaku ketika Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bersedia untuk bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Taman SPP Permai di Kubang Gatal, di sini.

Sebaik Nik Aziz selesai menjamah minum petang, pemberita yang ingin membuat liputan majlis itu menghampiri beliau dan meminta izin untuk bertanya soalan.

Ketika menunggu jurukamera dan jurugambar menyiapkan peralatan masing-masing, Nik Aziz yang berdiri dalam khemah, sempat berbual-bual dengan pemberita dengan berkata "Kalu huje, deme selalu ambo (saya selalunya demam setiap kali kena hujan)."

Bagaimanapun, ketika jurukamera RTM mengambil tempat, Ibrahim yang berada tidak jauh dari situ menghampiri jurukamera RTM dan mengetuk logo pada mikrofon RTM sambil berkata, "Jaga molek ni (RTM),
bahaya. Kita kecek, tubik benda lain (jaga baik-baik dengan RTM, kita cakap lain, nanti yang disiarkan lain).

Mendengar kata-kata Ibrahim itu, Nik Aziz memberitahu pemberita "dia tak se (tak mahu mengadakan sidang akhbar)" sambil mengeleng kepala tanda tidak mahu mengadakan sidang media dan terus bergerak meninggalkan majlis, diiringi beberapa lelaki.

Ibrahim yang akan bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum 8 Mac ini.

Ibrahim, 57, dilucutkan daripada jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.

Jangan Percaya Dengan KDNK (BN) Naik, Rakyat Tetap Merempat!

By DR SYED HUSIN ALI

BANK Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melonjak ke 7.3 peratus dalm suku keempat 2007.

Ini di luar dugaan sebab terlebih dahulu jangkaan kenaikan untuk 2007 oleh Kerajaan sendiri ialah 6.3 peratus, berbanding dengan 5.0 peratus bagi tahun 2006.

Malaysian Institute for Economic Research (MIER) pula telah menganggarkan kenaikan hanya sebanyak 5.4 peratus saja bagi tahun 2007.

Angka lonjakan ini boleh dipertikaikan. Adakah ia dikeluarkan semata-mata untuk membantu Umno-Bn dalam kempen pilihanraya ke-12 ini?

Bank Negara menyatakan lonjakan tersebut hasil dari perbelanjaan pengguna yang bertambah disokong oleh aktiviti swasta yang kukuh dan perbelanjaan sektor awam yang meningkat.

Tidak ada bukti perbelanjaan pengguna bertambah, bahkan ini tidak mungkin sebab kuasa beli rakyat terutama sekali berkurangan akibat tiadanya peningkatan pendapatan sebenar kerana pendapatan tidak bertambah dan harga barang keperluan meningkat.

Aktiviti swasta pun tidak begitu kukuh sebab keadaan ekonomi baru pulih lebih separuh saja selepas krisis kewangan yang bermula pada tahun 1997.

Juga, jumlah dan kadar pelaburan langsung (FDI) rendah
dan tidak menunjukkan tanda bertambah.

Kerajaan BN memang banyak menjanjikan perbelanjaan lebih besar untuk beberapa projek gergasi. Akan tetapi ini belum dilaksanakan.

Memang ada penambahan perbelanjaan awam yang lebih kecil, tetapi adakah mereka mempengaruhi secara signifikan lonjakan KDNK itu?

Yang lebih penting lagi ialah walaupun KDNK dikatakan bertambah tetapi ia tidak tercermin pada kenaikan taraf hidup rakyat ramai.

Mengikut Manifesto BN, pendapatan sebenar isi rumah di Malaysia pada tahun 2007 ialah RM3,617 berbanding dengan RM3,249 pada tahun 2004, tanpa mengambil kira inflasi.

Ini bererti hitung panjang pertumbuhan bagi tip-tiap tahun hanya sebanyak 3.6 peratus.

Jikalau diambil kira kadar inflasi 2.6 peratus pada tempoh yang sama (mengikut indeks harga - PI – yang diumum kerajaan), maka didapati pertumbuhan pendapatan seisi keluarga ialah hanya sebanyak 1.0 peratus saja bagi tiap-iap tahun.

Apakah yang Dato' Seri Abdullah Badawi dan Umno-BN hendak banggakan tentang kemjuan yang dicapai di bawah Umno-BN?

Pendapatan tidak naik. Harga barang melambung. Rakyat ramai tidak mendapat faedah dari lonjakan KDNK. Tetapi hanya segelintir kecil dari golongan elit yang mengaut bahkan merompak kekayaan negara.

UBAH Gaya Hidup Rakyat ATAU "UBAH KERAJAAN" Barang Naik (BN)?




By TARMIZI MOHD JAM


KENAIKAN harga barang begitu menyenakkan rakyat. Pemimpin BN bukan sahaja tidak prihatin tetapi menjadi pejuang para taukeh untuk menaikan harga barang.

TPM, Najib Tun Razak dengan mudah menegaskan agar rakyat "mengubah cara hidup".

Sedangkan mereka yang "memuntahkan darah" duit rakyat atas pelbagai nama dan tuntutan, senang lenang hidup bermewah-mewah.

Mereka tidak pernah berasa payah dan susah. Isteri Najib, Rosmah Mansor hidup berfoya-foya.

Menteri-menteri dapat rumah free. Dapat minyak free. Dapat kereta free. Elaun keraian free. Semuanya free.

Yang jenuh membayar ialah rakyat. Hasil bayaran itulah, yang dinikmati oleh menteri-menteri BN ini.

Oleh itu, apakah kita mahu ubah cara hidup seperti yang disarankan pemimpin BN? Atau kita UBAH KERAJAAN untuk kita berubah gaya hidup!


Khamis, Februari 28, 2008

TIP Kempen Calon Yang Efektif Dari Tinjauan "CIKGU"!

PAS Wilayah akan terus memantau kempen-kempen calon agar ianya menjadi lebih berkesan dan menarik!

By TARMIZI MOHD JAM

SEORANG rakan yang sering saya panggil "Cikgu" menghubungi saya pagi tadi. Katanya, beliau telah mengikuti kempen-kempen di beberapa tempat.

Antaranya, Lembah Pantai, Petaling Jaya Selatan, Gombak, Selayang, Bandar Tun Razak, Kuala Selangor dan Titiwangsa, sejak tiga hari lalu.

Berdasarkan tinjauan rambangnya, kempen-kemepn ceramah memperkenalkan calon tidak dibuat secara sistematik. Sambutan memang menggalakkan.

Jika ada empat penceramah termasuk calon, hampir ke semua mereka berceramah umum, macam di luar musim pilihan raya. Tiada spesifik tajuk atau pengkhususan "penerangan" oleh mereka.

Beliau menyarankan agar penceramah pertama mendedahkan ketempangan SPR atau skandal kerajaan. Penceramah kedua pula membangkitkan isu kenaikan harga barang dan isu keselamatan.

Bagi penceramah ketiga mungkin menekankan isu negara kebajikan dan manifesto atau isu agama yang kian luntur.

Sementara calon pula tegasnya, menjelaskan misi dan visinya disamping menyentuh isu-isu tempatan bagi menggambarkan beliau peka dengan keadaan pengundi.

Ada sesetengah tempat, ujar beliau ia menjadi ceramah perdana. Kesemua penceramah "bermastautin" di situ sehingga tamat program termasuk calon.

Walhal, sepatutnya apabila penceramah pertama habis, dia akan meninggal majlis pergi lokasi lain. Begitu juga dengan penceramah kedua, ketiga dan calon.

Sekurang-kurangnya, mereka akan berceramah di tiga tempat pada satu malam dan ini lebih berkesan bagi mendekati pengundi di merata lakosi dalam sesuatu parlimen.

Saya menerima pandangan itu. Dan cuba memperbaiki kempen-kempen kami di Wilayah ini agar ianya lebih efektif dan efisyen.

Terima kasih "Cikgu" atas pandangan yang bernas dan belum terlambat lagi untuk kami bertindak dan menambahnilainya!

PAS Wilayah Sokong SYOR "RTM Beri Satu Jam Sehari" Berkempen!


By TARMIZI MOHD JAM

PAS Wilayah menyokong saranan calon PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali agar RTM membenarkan PAS berkempen selama satu jam setiap hari sepnajang tempoh kempen pilihan raya ini.

Pesuruhjaya PAS, Hj. Mohamad Noor Mohd yang juga calon PAS Putrajaya bersetuju dengan cadangan agar pembangkang diberi peluang untuk mengemukakan pandangan mereka di dalam televisyen dan radio, supaya rakyat mendapat gambaran sebenar apakah rancangan atau tawaran yang dikemukakan oleh parti-parti politik dalam pilihan raya ini.

Bagaimanapun, beliau kesal, RTM terus bertindak sebagai jentera penerangan BN dengan memuatkan pelbagai bahan berita dan rancangan yang menjurus ke arah memenag dan membenarkan apa sahaja tindakan parti-parti komponen BN.

Katanya, sebaik sahaja dewan dibubar sepatutnya menteri tidak lagi menjadi menteri. Ketika ini mereka sudah jadi "kerajaan sementara" dan mereka tiada hak atau kuasa untuk mempergunakan segala hak rakyat untuk kepentingan BN.

Tegas Mohamad Noor lagi, kerajaan sepatutnya bersifat adil dengan semua pihak termasuk parti-parti pembangkang untuk muncul di televisyen dan radio bagi menerangkan manifesto mereka kepada rakyat.

Semalam, dalam kempen di Kg. Datuk Keramat, Dr. Lo Lo mencabar RTM agar memberikan ruang selama satu jam sehari untuk PAS berkempen. Beliau "naik angin" apabila pasukan pemantau SPR masih menunjuk kuasa kononya tempat cemarah pada malam itu tidak sesuai di tepi jalan raya.

Aktivis PAS Parit "DIHALAU" Tok Sidang TA Balik Semula Ke KELANTAN!

Dalam Umno-BN, jadi pengampu dan pembodek lebih mudah untuk mendapatkan habuan dunia! Tapi akhirat confirm dapat benda lain...

By TARMIZI MOHD JAM


SEORANG aktivis PAS yang gigih, Othman Tahar atau lebih dikenali Man Kelantan telah dihalau (perhambat) oleh Ketua Kampung Lambor Kanan, Mokhtar Razali apabila terlalu berang melihat Othman dan isteri berkempen dari rumah ke rumah mengajak undi PAS.

Othman berasal dari Ketereh, Kelantan dan berkahwin dengan adik mantan Pengarah Pendidikan Mara, Datuk Husein Ibrahim. Mertuanya, alllahyarham Ibrahim adalah aktivis kuat PAS yang lebih dikenali sebagai "Kulop Lambor".

Bagaimanapun, sikap kentalnya berdepan dengan karenah begitu sudah menjadi asam garam perjuangannya, beliau tetap meneruskan kempennya malah lebih ligat dari biasa agar pengundi sedar ketempangan BN.

Akibat dari tindakan liar itu, lebih ramai penduduk kampung tersebut simpati dan "berdendam" akan membuktikan dalam pilihan raya kali ini calon BN Dun Bota, Nasyaruddin Hasyim dan calon BN Parlimen Parit, Nizar Zakaria tumpas pada tangan PAS dan PKR.

Ekoran pengguguran Datuk Che Ri Daud, penyandang Dun Bota musim lalu, dikatakan hampir sepakat penduduk Kg. Lambor Kanan, Kg. Teluk Bedayung, Kg. Tua Batu 16 dan Rimba Raja, akan mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kg. Tua Batu 16 itu.

Untuk rekod, kemenangan PAS pada tahun 1969 dan 1999 lazimnya ditandai dengan sokongan padu penduduk dari Mukim Lambor ini.


Video PARIT: MAMPUKAH Dr. Najihah TUMPASKAN Nizar Zakaria Dari BN?

By TARMIZI MOHD JAM

Benarkah semangat juang 1999 kembali menerjah penyokong dan pejuang PAS di Parit? Hari penamaan calon dikatakan PAS menguasai keadaan. Kempen-kempen sekarangpun, dikatakan meriah di seblah PAS dan ini dijadikan ukuran, PAS akan kembali menawan Parit dalam pilihan raya kali ini!

Minyak TAK NAIK! Dr. ISMAIL SALIH Pertikai JANJI PILIHAN RAYA Najib!!

Kalau lepas pilihanraya, minyak naik, adakah kita boleh berhimpun di depan rumah Najib, menuntut janji-janji pilihanrayanya?

By TRANUNGKITE.NET

Baru sebentar tadi (Rabu 27 Feb 08) saya menonton TV1 Rancangan ISU SEMASA siaran lansung, jam 9.30 hingga 10.30.

Panel jemputan kali ini adalah: (1) Senator Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh (cacat penglihatan); (2) Dato Saleh Majid, pakar ekonomi; (3) Dr Nik Hasyuden Yusof, pensyarah Ekonomi.

Iaitu di bawah tajuk "Ekonomi dan Pilihanraya".

Saya sangat tertarik dengan kenyataan Dr Ismail Salleh berkaitan kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak. Saya sempat mencatit ulasan Dr Ismail lebih kurang begini.

"Dalam kempen pilihanraya, Dato Seri Najib menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya nanti"

Kata Dr Ismail lagi: "Ini adalah kenyataan yang boleh menyelirukan masyarakat, kerana sebelum ini lebih kurang 2 bulan lepas, Perdana Menteri dan menteri-menteri melalui media TV dan akhbar telah menggambarkan bahawa kerajaan sudah tidak boleh lagi menanggung subsidi minyak yang banyak berikutan kenaikan harga minyak dunia melepasi 100 dollar setong. Seolah-olah harga minyak terpaksa dinaikkan di negara kita!"

Kata Dr Ismail lagi: "Kenyataan Dato' Seri Najib ini boleh mengelirukan kerana media sebelum ini sudah memperjelaskan kepada rakyat, rasional kenaikan harga minyak itu dan meminta rakyat memahaminya, dan perlu bersedia dengan kenaikan ini."

ULASAN SAYA: Tahniah atas kenyataan yang jujur dengan membahas isu ini. Suatu kenyataan yang tidak merapu seperti Najib.

Walaupun Dr Ismail seorang yang buta matanya, tapi hati dan pemikirannya tidak buta. Najib nampaknya lebih buta pemikirannya. Bolehkah kita berpegang pada janji Najib ini?

Najib kata harga minyak tidak naik tetapi tak beritahu "tempoh selepas pilihanraya" itu sama ada berapa hari, berapa bulan atau berapa tahun.

Kalau lepas pilihanraya, minyak naik, adakah kita boleh berhimpun di depan rumah Najib, menuntut janji-janji pilihanrayanya.

Hairannya dalam menifesto BN tidak dinyatakan bahawa BN berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Ini kenyataan Najib sahaja.

Sebelum ini juga Najib mempertikaikan BERSIH dan HINDRAF membuat demo jalanan. Najib kata "kalau hendak buat di stadium kita boleh bagi" Tetapi apabila dipohon, ditolak. KALAU NAJIB JANJI SEMUA TAK BOLEH PERCAYA!

BN Parit Makin Panik: PAS DIJANGKA BUAT KEJUTAN SEKALI LAGI!

Datuk Che Ri Daud, akhirnya digugurkan dari menjadi calon BN Bota yang sebelum ini disandang oleh beliau. Mampukah penyokongnya bertahan?

By TARMIZI MOHD JAM

SAMBUTAN pengundi Parlimen Parit kini mencemaskan BN. Kedatangan Ketua Umno Malaysia, Hisyamuddin Husein dengan memperalatkan kemudahan kerajaan tidak disambut mariah, seperti di kawasan yang BNnya hebat.

Umno Parit makin panik. Ketakutan mereka "tsunami 99" berulang kembali, menyelubungi setiap pimpinannya. Pada 1999 dulu, BA menyapu bersih ketiga-tiga kerusi (Parit, Bota dan Blanja).

Ini memberi gambaran kepada senario politik tahun 1999 apabila semua program anjuran BN tidak lagi dikerumuni rakyat termasuk ahli dan penyokong Umno sendiri.

Hisyamuddin menaiki helikopter dalam siri kempennya ke Parlimen Parit. Beliau dikatakan amat kecewa dengan sambutan dingin rakyat di sini.

Menurut sumber, sudah ramai penyokong Yusuf Nordin, calon Dun Bota yang tidak terpilih "bekerja senyap-senyap" memburuk-burukkan calon-calon BN Nizar Abdul Aziz yang bakal berentap di Parlimen Parit.

Nizar adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang akan bertarung dengan Ketua Muslimat PAS Parit, Dr. Najihah Ahmad.

Menurut sumber, Umno Lambor Kanan dan Kg. Tua Bt 16 kini mula meuar-uarkan kata-kata keramat "kite ubah macam 99 dulu" meniti dari bibir ke bibir dan ia makin popular sejak calon mereka, Che Ri Daud digugurkan di Dun Bota kali ini.

Dr. Najihah dijangka menang kerana sumbangannya sebagai doktor perubatan di Hospital Changkat Melintang sebelum ini dan beliau kian dikenali ramai oleh kaum ibu di sini, setelah membuka "Klinik Dr. Najihah" di pekan Bota.

Selain faktor itu, "percakaran" dalaman Umno khususnya di Dun Bota yang ditandingi PKR, Usaili Alias dikatakan mampu memberi impak buruk kepada jentera BN dan sekaligus menaikkan sokongan rakyat terhadap PAS di Parlimen Parit.

PEMBANGKANG Mampu NAFI 2/3 Majoriti BN

Anwar yakin kemenangan 2/3 BN dapat dinafikan...

By TARMIZI MOHD JAM

PAKATAN Barisan Alternatif (BA) begitu optimis mampu untuk menafikan kemenangan 2/3 majoriti BN pada pilihan raya kali ini.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berkata, parti alternatif perlu memenangi sekurang-kurangnya 75 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Anwar yakin, PAS dan DAP selain PKR akan meraih kemenagan besar kali ini berdasrkan sambutan luar biasa rakyat terhadap parti-parti tersebut.

Pakatan BN Olok-Olok, PAKATAN "ORANG UTAN"


By TARMIZI MOHD JAM

APABILA ditanya tentang dakwaan anak Badawi kononnya pakatan Barisan Alternatif hanyalah pakatan olok-olok, Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Perdana Menteri itu dengan jawapan yang tegas, pakatan olok-olok yang sebenar ialah Barisan Nasional.

Katanya, pakatan BN sebenarnya adalah pakatan olok-olok kerana BN jelas dan terang-terangan menolak Islam.

"BN adalah pakatan yang manusia buat. Islam buatan (ciptaan) Allah. (Bila) Undi BN seolah-olah tolak Nabi dan Allah," tegas beliau kepada Mingguan Wasilah.

Sebelum ini, para pemimpin Umno terkejut dan tersentak dengan dakwaan "Orang Utan" oleh Mursyidul Am PAS itu.

Dalam kenyataannya, "Orang Utan" yang ditujukan kepada Umno dimaksudkan sebagai orang yang menentang hukum dan tidak mahu ikut undang-undang Allah.

Gelaran itu, kata Tok Guru Nik Aziz lebih molek dari gelaran sepatutnya disebut sebagai "binatang".

NIK AZIZ DOA Cita-cita Awang Adek Jadi MB TIDAK DIMAKBULKAN

Tok Guru Nik Aziz berdoa agar cita-cita Dr. Awang Adek untuk menjadi MB Kelantan tidak dimakbulkan Allah SWT!

By TARMIZI MOHD JAM

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat mendoakan agar BN tidak menang di Kelantan dan hasrat Dr. Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar tidak dimakbulkan Allah SWT.

Dalam interbiu eksklusif Mingguan Wasilah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau yakin rakyat Kelantan sudah cukup licik dan bijak untuk membuat penilaian antara PAS dan BN di negeri ini.

"Saya doakan cota-cota Awang Adek (jadi MB) tidak akan dimakbulkan Allah kerana perjuangannya setakat untuk dunia, matlamatnya hanya pembangunan, sama seperti lain-lain ideologi ciptaan manusia termasuklah komunis," tegas calon PAS Dun Cempaka itu.

Katanya, PAS minta rakyat undi parti itu kerana PAS mahu laksanakan ajaran Quran dalam pemerintahan.

Sedangkan BN berpegang kuat pada perjuangan pembangunan dan tidak menyebut soal dosa pahala. Tiada ajaran lain yang sebut soal dosa pahala melainkan Islam.

Indian Settlement SERU Kaum India UNDI PAS!

Bawanie Mahalinggam menyeru kaum India tampil membantu dan mengundi PAS dalam pilihan raya kali ini!

By TARMIZI MOHD JAM

India Settlement Titiwangsa menyeru semua kaum India di negara ini melakukan perubahan memangkah calon-calon dari PAS, PKR dan DAP dalam pilihan raya kali ini.

Ketika menegaskan perkara ini, wakil pertubuhan NGO itu, Bawanie Mahalinggam menyifatkan sudah terlalu lama mandat diberi kepada MIC tetapi nasib kaum India tidak banyak berubah.

Seruan Bawanie itu disebut dalam ceramah ringkasnya di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini ketika pengumuman calon-calon PAS Titiwangsa dan Putrajaya.

PAS Wilayah POPULARKAN Istilah "Calon Barang Naik" dan "Sekutu Taukeh Judi Vincent Tan"!

Ishak Surin ketika berpidato di tapak penamaan calon, hadapan Sek. Men. Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Wilayah meminta agar semua tenaga kempen di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya mempopularkan istilah-istilah kempen yang menyentuh hati rakyat ketika mempromosikan calon-calon dan komponen Baraisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Wilayah, Ishak Surin ketika ditemui di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kg. Baru semalam.

Katanya, calon BN di Titiwangsa hendaklah dipopularkan sebagai "Calon Barang Naik" dan "Calon Taikun Asing".

Sementara calon BN di Putrajaya, hendaklah dipopularkan sebagai "Calon Barang Naik", "Kawan Rapat VK Linggam", "Sekutu Taukeh Judi", "Sekutu Vincent Tan".

BN pula hendaklah disebut oleh tenaga kempen dan calon-calon PAS sebagai "BARANG NAIK" agar terpahat di hati rakyat dengan istilah itu, yang mana secara sentuhan hatinya memanglah BN sentiasa menaikan barang keperluan hingga menyusahkan rakyat.

Ishak amat berpuashati dengan kempen-kempen PAS di Putrajaya dan Titiwangsa setakat ini walaupun kecewa dengan Pemantau SPR yang lebih "menyuluh" PAS dari "menyuluh" BN.

Hadapi Calon PAS: SEKUTU TAUKEH JUDI Kini Jadi Pejuang SEKOLAH AGAMA Putrajaya!

Memorandum kepada Ketua Pengarah JAKIM pada 15 jan 2007, seperti yang kelihatan pada cop. SIla klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas!

Memorandum kepada Menteri Wilayah pada 15 jan 2007, seperti yang kelihatan pada cop. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas!

Penyerahan memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan melalui En. Ahmad Hashim, Setiausaha Sulit kepada Mentrei Wilayah

By HELANGDELI

CALON PAS di Putrajaya, Tuan Hj. Mohamad Noor Mohamad hari ini membentangkan bukti perjuangan beliau dan rakan-rakan PAS Putrajaya berhubung isu TUNTUTAN diwujudkan sekolah agama di Putrajaya.

Isu sekolah agama di Putrajaya timbul apabila tiada satu pun sekolah agama yang dibina seawal penubuhannya.

Dasar ini dilihat sebagai tidak bertepatan dengan konsep Islam sebagai agama persekutuan dan juga sebagai kewajipan pemerintah untuk memberikan pendidikan agama kepada rakyatnya.

PAS Wilayah Persekutuan, khasnya PAS Putrajaya banyak menerima aduan dari penduduk berkenaan isu ini.

Kami telah mmebuat tinjauan ke kawasan sekitar Putrajaya dan mendapati tiada satu pun sekolah agama yang dibina di sini.

Bertolak dari kesedaran itu, maka kami telah mendapatkan beberapa maklumat mengenai perancangan membina sekolah agama di Putrajaya.

Pada awalnya pihak Perbadanan Putrajaya telah melantik pihak kontraktor untuk meratakan tapak bagi sekolah agama di Presint 16.

Kemudiannya projek itu dibatalkan berikutan desakan dari calon BN di sini, Tengku Adnan yang juga kawan rapat taukeh judi Vincent Tan, yang mengatakan bahawa pembinaan sekolah agama di Putrajaya akan menjatuhkan imej kawasan ini sebagai pusat pentadbiran kerajaan.

Jika tidak, Putrajaya sudah mempunyai bukan setakat sekolah, malah Kompleks Sekolah Agama seperti yang dirancangkan pada tahun 2003.

Kemudiannya, perjumpaan penduduk dengan pihak Perbadanan Putrajaya telah dirintis dan pihak perbadanan telah memaklumkan bahawa projek pembinaan sekolah agama di Putrajaya sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Malangnya, apabila dimaklumkan kepada JAKIM, pihak JAKIM menyatakan bahawa mereka tidak tahu-menahu hal pembinaan sekolah agama tersebut.

Maka pada 15 Januari 2007, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh calon PAS sekarang, Hj. Mohamad Noor telah membuat pertemuan dan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ketua Pengarah JAKIM.

Rujuk gambar dan 2 salinan memorandum yang telah di cop tarikh penerimaan oleh kedua-dua pihak, di bawah ini sebagai bukti:

Ditanya berhubung tindakan Tengku Adnan memanggil pihak media dan mengatakan bahawa dialah yang berusaha dan menjadikan hasrat sebuah sekolah agama dibina di Putrajaya, Hj. Mohamad Noor berkata, sebagai sahabat, saya ingin berpesan kepadanya agar jangan melatah dan mereka-reka cerita.

Tindakan memanggil media dan mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti yang lengkap, sekadar mendakwa itu dan ini adalah bukti jelas bahawa BN tidak jujur dan sekadar berlakon kononnya mahu untuk menjayakan agenda kebajikan rakyat.

Kenapa sekarang, baru Tengku Adnan tergerak hendak dibawa media ke tapak pembinaan sekolah agama itu?

"Saya rasa penduduk Putrajaya bijak dan dapat membezakan pihak mana yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan pihak mana yang hanya mengambil kesempatan daripada rakyat.

"Saya merayu agar setiap pengundi Putrajaya dapat membuat perubahan memandangkan SPR kini tidak lagi menyediak nombor siri pada kertas undi dan juga Tengku Adnan sendiri pernah memberikan jaminan bahawa kakitangan kerajaan yang menyokong perjuangan PAS tidak akan dikenakan sebarang bentuk tindakan," ujar calon PAS yang bakal berentap dengan kawan rapat VK Linggam itu.

Rabu, Februari 27, 2008

NYAHKAN 'KAKI TIDUR" SEGERA 8 MAC INI

IKLAN INI DIBAWA OLEH
sanggahtoksago.com

JANGAN GADAIKAN MASA DEPAN ANDA!
TOLAK KAKI TIDUR!

anak muda hadiahkan bantal...

kusyuk ka tidoq...

tak lepaskan peluang...

syoknya...
terlelap sikit...
uahhh berkuap...
dibuai mimpi...
pedihnya mata...

UBAH SEBELUM PARAH
anda boleh melakukannya

SPR, Polis & RTM Sudah Jadi KOMPONEN BN?

Tarmizi Mohd Jam bersama Bendahari JPN, Ismail Yahya dan Abdul Halim Hassan, Bendahari PAS Wilayah ketika melawat Bilik Gerakan Pekeliling, Jalan Pahang Barat malam tadi.

By MUHAMMAD NAI'M

UMNO sebenarnya bukanlah parti yang kuat tetapi mereka memperalatkan jentera kerajaan untuk mencengkam kuasa. Pilihan raya hanya rubber stamp bagi mengelirukan rakyat.

Ketika berkempen bersama Dr. Lo Lo di Kg. Datuk Keramat semalam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan parti-parti alternatif boleh diperlakukan apa sahaja oleh BN hingga menyebabkan mereka kalah dengan mudah.

Tegasnya, SPR adalah sayap kanan Umno paling depan selain RTM dan pihak polis yang kini boleh dikatakan sudah menjadi salah satu komponen dari parti-parti dalam BN.

Padang yang tidak rata dan tangan terikat ke belakang, sebenarnya menjadi rahsia kemenangan BN kerana parti-parti alternatif telah dilemah dan dipasung awal-awal lagi.

"Ini semua permainan jahat SPR. Bermula dari persempadanan semula, isu bangsal panas, tambah masa dua jam mengundi di Selangor dan sekarang isu duti setem, semuanya dengan sengaja dilakukan untuk menumpaskan PAS," tegas beliau.