KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 24, 2008

PAS Menang Dun Kijang: AWANG ADEK Jadi MB Makin Goyah?

Apakah masih ada harapan lagi untuk Awang Adek menguasai Kota Darul Naim selepas 8 Mac ini?

By TARMIZI MOHD JAM

MENANG tanpa bertanding calon PAS Dun Kijang, Wan Ubaidah Omar, 52 telah menjatuhkan semangat dan motivasi sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Awang Adek, calon MB Kelantan dari BN.

Kemenangan itu dilihat mampu memberikan lonjakan baru kepada para petugas dan rakyat Kelantan dalam usaha parti itu mempertahankan kekuasaan di negeri itu.

PAS Kelantan kini memperoleh kemenangan moral terbesar dalam usaha mengekalkan pemerintahan negeri ini apabila seorang calonnya, Wan Ubaidah Omar (gambar) yang bertanding di Dun Kijang dalam parlimen Pengkalan Chepa telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Wan Ubaidah, salah seorang muka baru yang dicalonkan untuk Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) ini telah disahkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Haji Ismail Ghani di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa kira-kira jam 12.03 tengahari tadi, selepas tamat tempoh bantahan.

Ismail mengisytiharkan kemenangan Wan Ubaidah setelah pihaknya berpuashati dengan bantahan yang dikemukakan PAS terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Kijang, Mustapha Ahmed yang mempunyai kes mahkamah.

Kemenangan itu bermakna Wan Ubaidah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan kini sah sebagai wakil rakyat baru bagi Dun Kijang menggantikan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang berpindah ke Dun Salor.

Buletin 1:30 TV3 tengahari tadi, nampaknya cuba melindungi sebab sebenar kenapa PAS menang tanpa bertanding di Dun Kijang menerusi calonnya, Wan Ubaidah Wan Omar.

Menurut laporan berita tersebut, calon PAS diumumkan menang tanpa bertanding ekoran masalah teknikal dihadapi calon BN, Mustopha Ahmed tanpa diperincikan apakah masalah tersebut.

Sedangkan menurut bantahan yang dikemukakan oleh pihak PAS, Mustopha tidak layak menjadi calon kerana beliau mempunyai satu kes mahkamah yang tidak melayakkan beliau untuk menjadi calon pilihan raya mengikut peruntukan undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kemenangan itu juga sedikit sebanyak menggugat usaha BN untuk merampas kembali Kelantan yang terlepas ke tangan PAS sejak 1990.

Bagaimana Awang Adek boleh mencalonkan orang yang hilang kelayakkan? Inilah persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat Kelantan. Barangkali kata mereka, lebih ramai calon BN yang seperti itu jika pihak PAS teliti menyiasat latarbelakang mereka.

Sebelum ini BN turut dikejutkan dengan penarikan diri dua calonnya iaitu, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman di Parlimen Pengkalan Chepa dan Dato’ Abdul Halim Ahmad di Parlimen Pasir Mas.

Pada PRU-11 lalu Husam menang kerusi Dun Kijang dengan majoriti 2,882 undi menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan. Husam mendapat 6,916 undi manakala Rosli sekadar 4,034 undi.

Wan Ubaidah, 52 yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Ubai bukanlah tokoh asing di kalangan rakyat negeri ini terutamanya di kalangan pengundi kawasan Pengkalan Chepa.

Beliau merupakan anggota Dewan Negara (senator) sebelum parlimen dibubarkan. Diperingkat PAS Pusat beliau merupakan Bendahari DMP Pusat manakala di peringkat kawasan beliau adalah Ketua Dewan Muslimat Pengkalan Chepa.

Wan Ubaidah berkelulusan B. Sc. Finance dari Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat dan MBA dari universiti sama.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Akademik Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) sebelum dilantik sebagai Senator Dewan Negara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta tuan blogger tolong tanya Abdullah Sudin..kenal tak orang nama Ros dekat UITM Kelantan (masa tu kat PCB) ? Kalau dia kata kenal, tanyalah dia apa dah jadi? sampai dia kena sambung PhD jauh-jauh...

Ada kes lain dia lari tuuu!!!