KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

Rafidah, Tok Pa, Rais Yatim TERKEJUT Digelar "ORANG UTAN"!

Dulu kata kami (Umno) Kafir, kini kata "Orang Utan" pulak!

By TARMIZI MOHD JAM

RAFIDAH Aziz yang tidak segan-silu memeluk dan mendakap Tun Mahathir suatu ketika dahulu, berkata "dulu PAS panggil kita kafir, sekarang dah jadi orang utan pulak, ini menunjukkan mereka telah hilang idea untuk berkempen"!

Rafidah yang terpalit dengan dakwaan rasuah, dijangka terlepas tapisan badan tidak bebas itu (SPR) bagi membolehkan beliau bertanding di Kuala Kangsar semula.

Sementara itu, bakal calon Menteri Kelantan yang tidak jadi, Mustapha Mohamed menyifatkan kenyataan menyamakan manusia dengan "orang utan", jelas menggambarkan PAS terlalu angkuh sehingga sanggup merendah-rendahkan orang lain.

Mustapha berasa, gelaran "orang utan" memalukan Umno dan para pemimpinnya.

Beliau kemungkinan bimbang, pemimpin dan ahli Umno akan diejek sebagai "orang utan" dalam perjumpaan dan pertemuan dengan rakyat di Kelantan.

Seorang lagi, pembodek anak Badawi, Rais Yatim yang menjaga Muzium Negara dan Istana Budaya berkias kononnya seorang pemimpin agama yang disanjung tinggi (seperti TG Nik Aziz) tidak wajar menggunakan perkataan bersifat menghina, mungkin beliau sudah terbalik pemikirannya.

Rupa-rupanya, mereka juga terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, TG Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Umno sebagai "orang utan".

Dalam kenyataannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata "Lawan Umno ni bukan lawan parti politik tetapi kumpulan yang tidak reti agama dan undang-undang macam orang utan. Anda tulislah, macam orang utan kerana orang utan bukan dia tahu apapun, dia kira nafsu dia sahaja"!

1 ulasan:

Unknown berkata...

kepada sekelian manusia.

peringatan dan amaran yang Allah sampaikan melalui para Nabi dan Rasulullah, setiap perkara yang baik itu di balas dengan yang baik dan dikenang kebaikan untuk diikuti dan ditauladani. begitu juga jika perkara yang buruk dan rosak itu akan di balas dengan keburukan dan kehinaan juga dikenang akan keburukan dan kehinaannya supaya jadi tauladan jangan berbuat sepertinya itu.
sebelum mati maka hendaklah bertaubat dan memohon ampun dan maaf dari yang dizalimi agar terlepas dosa.
kepada ahli-ahli umno/bn yang masih lupa, sebelum mati maka taubat. ni nak pru12 ni fikir semula jangan sambong lagi perkara mungkar dan zalim pada agama, bangsa dan tanahair. kalau tak sanggup tahan panas api neraka Allah maka berundurlah agar ramai orang selamat dari kezaliman kalian semua dari umno/bn.
Allah pun membuat perumpamaan dan contoh supaya manusia sedar dirinya lebih hina dari haiwan ternak,... Albaqarah bererti lembu/ sapi betina: al-an'aam bererti hewan ternak: an-nahl bererti lebah dan lain-lain perumpamaan/contoh, itu pun kalau mereka-mereka itu berfikir seperti manusia yang waras otaknya.....!