Poster kempen BN banyak diturunkan di kawasan Parlimen Marang oleh penyokong Raman Bakar...
By TARMIZI MOHD JAM
"BERLAINAN parti, satu mimpi. Mereka berkonspirasi!" Itulah antara skrip video klip RTM bagi memburuk-burukkan Perhimpunan Aman anjuran BERSIH pada 10 November tahun lalu.
Klip video ini dipaparkan setiap hari oleh RTM melalui tv saluran 1 dan 2. Ia muncul sebagai penyendal murahan pada waktu puncak. Jika tonton Berita Perdana jam 8 malam, klip video ini pastinya menyajikan parasaan busuk Zainuddin Maidin.
Kini, tuduhan dan dakway jahat RTM itu benar-benar terjadi seperti yang diceritakan oleh Fathi Aris Omar dalam blog ini, dan lain-lain penulis menulisnya pada media cetak dan tersiar juga pada webblog penyokong parti-parti alternatif semasa.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, tetapi kini ianya benar-benar terjadi. Ahli dan jentera pilihan raya Umno terus berhimpun tanpa permit, berdemontasi meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap Idris Jusoh, ketua mereka yang "salah" memilih calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan