KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

PAS Hantar BANTAHAN KEBIADAPAN RTM Sokong BN, ESOK!

Zainuddin terus memperalatkan RTM dibawah kalawannya dengan memuatkan berita dan iklan berniat jahat untuk memburuk-buruk PAS dalam pilihan raya kali ke 12 ini.

By MUHAMMAD NAI'M

PAS Wilayah Persekutuan akan menghantar Memorandum Bantahan kepada Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin yang jelas masih tidak malu dan tidak bermaruah menggunakan jentera kerajaan televisyen dan radio sebagai alat kempen untuk BN.

Demikian dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam dalam satu kenyataannya kepada media hari ini.

Memorandum Bantahan itu akan diadakan esok, 22hb. Februari jam 10.30 pagi di perkarangan Angkasapuri yang akan diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Nor Mohd dan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin.

Tarmizi menyeru semua penyokong PAS di Wilayah, agar dapat hadir dan bersama-sama pimpinan PAS menyerahkan Memorandum Bantahan tersebut kepada Zainuddin Maidin.

Tiada ulasan: