KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 20, 2008

MENELEK Nasib MB-MB Umno Menjelang Penamaan Calon Ini!

Adnan Yaakob khabarnya akan ditarik ke Pusat bagi membolehkan kroni Najib Tun Razak, Jamaluddin Jarjis ditabal MB Pahang yang baru?

By ANALISIS AGENDADAILY


SEPEKULASI yang melanda kedudukan beberapa Menteri Besar masih hangat diperbualkan. Selain Datuk Ghani Othman di Johor ramai yang pasang teropong mengintai nasib Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Apa pula halnya dengan Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis dan jangan lupa Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan,Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Menteri Besar Kedah Datuk Mahadzir Khalid sudah boleh belayar dengan mimpi indah.

Terbaru Dr Khir dikatakan sudah boleh menyertai mereka tidor nyenyak.

Selasa beliau bersama beberapa Pengerusi Perhubungan membentangkan dan membincangkan senarai calon negeri masing-masing dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Dr Khir kekal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan dijangka kekal pada jawatannya sekarang lepas pilihanraya umum nanti.

Shahidan yang berdepan kontroversi dengan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad juga kekal pada kedudukannya.

Sehingga saat ini Ghani pula dikatakan besar kemungkinan akan kekal. Ini berikutan rancangan nak bawa balik Datuk Seri Khaled Nordin mengetuai kerajaan negeri Johor sangkut kerana masih tidak dapat perkenaan dari Istana Johor.

Ghani dijadual bentang senarai calonnya kepada Perdana Menteri hari ini (Rabu).

Dalam pada itu ada juga sumber-sumber yang kata soal kedudukan Menteri Besar Johor masih ding dong kerana ada beberapa nama baru muncul termasuk Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latif Ahmad.

Malah ada yang bercakap tentang Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kedudukan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga diperbualkan.

Kalau rajin pasang telinga ada nama-nama termasuk ahli parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron,ahli exco kerajaan negeri Datuk Wira Ahmad Hamzah yang juga ADUN Serkam dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusof yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah sudah melayang sana sini.

Namun ramai pemerhati politik yang bertaruh Mohd Ali kekal di Melaka.

Juga buat masa ini tidak kurang menarik ialah tandatanya yang masih menyelubungi pada kedudukan Adnan. Ada desas desus mengatakan beliau mungkin hendak dibawa ke pusat.

Ikut cerita yang berlegar Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis yang kini ahli parlimen Rompin bakal ganti tempatnya.

Cakap-cakap mengenai Adnan jadi bertambah rancak bila beliau dikatakan kelihatan berpeluk erat dengan Sultan Pahang ‘macam orang nak berpisah’ depan para hadirin selepas satu majlis di istana baru-baru ini.

Adnan juga dijadual bentang senarai calon Pahang kepada Abdullah hari ini.

Tiada ulasan: