KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

PAS Wilayah TANDING 3 PARLIMEN, DR LO' LO' Bertarung Di TITIWANGSA!



AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Ghazali dan Haji Mohamad Noor Mohd dipercayai mampu memberikan tentangan sengit di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya dalam pilihan raya kali ini! Bersama Dr. Lo Lo ialah wakil Indian Settlement Kg. Pandan, Bawanie Mahalinggam yang turut berucap.

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN PAS, Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan tiga kawasan parlimen yang diperuntukan untuk PAS Wilayah Persekutuan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Beliau juga turut mengistiharkan tiga calon yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama untuk ketiga-tiga kerusi perlimen tersebut iaitu Pesurujaya PAS, Haji Mohamad Nor Mohamad di Parlimen Putrajaya, Dr. Lo' Lo' Datuk Haji Ghazali di Parlimen Titiwangsa dan Haji Matusin Abdul Rahman di Parlimen Labuah Sabah.

Mohamad Noor Mohamad merupakan bekas Pengurus Perbadanan Pembangunan Wilayah (UDA), Dr Lo'lo' Datuk Ghazali pula adalah pakar perubatan dan Matusin Abdul Rahman seorang bekas pegawai syarikat petroleum Shell.

Pengumuman tersebut buat di Markas PAS Titiwangsa, Darul Ummah, Kampung Pandan malam tadi dalam satu ceramah umum yang dihadiri hampir 5,000 orang penyokong parti itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut selain Mohamad Noor Mohamad dan Dr Lo'lo' Ghazali, ialah mantan Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Haji Subky Latif dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin.

Ceramah tersebut turut dihadiri beberapa orang wakil Kelab Penyokong PAS kaum India.

Bawanie Mahalinggam dari Indian Settlement Kg. Pandan dalam ucapanya ringkasnya menyeru kaum India di Parlimen Titiwangsa agar keluar mengundi PAS dalam pilihan raya 8 Mac ini bagi memperjuangkan nasib kaum itu.

Katanya, MIC sudah tidak boleh dipercayai lagi dan nasib kaum India akan terus tertekan jika tidak bertindak memperjuangkan hak mereka melalui BA.

Tiada ulasan: