KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

FONG Sedia Tanding BATU GAJAH, BN Perak Pula GELABAH!

Fong kekal bertanding di Parlimen Batu Gajah setelah berkecil hati dan merajuk atas isu dalaman parti itu minggu lalu.

By TARMIZI MOHD JAM

HASRAT BN untuk melihat DAP Perak porak peranda gagal apabila Fong Po Kuan, yang pada awalnya enggan mempertahankan kerusi parlimen itu tiba-tiba hari ini mengumumkan bertanding di situ.

Ahli politik muda wanita DAP itu, yang menang dua penggal berturut-turut sejak 1999, menyatakan keputusan terbarunya dalam sidang media tadi, demikian lapor malaysiakini.com.

"Saya berjanji akan terus mendukung tanggungjawab berada di depan bersama rakyat Malaysia demi kebaikan generasi akan datang.

"Maka, saya bersedia terus mewakili suara pengundi Batu Gajah dan semua warga Malaysia di Parlimen," katanya, membacakan kenyataan bertulis enam perenggan.

Blog milik pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang hari ini turut memuatkan pengumuman ringkas kembalinya Fong dalam senarai calon parti itu.

DAP sebelum ini menyatakan kebimbangannya kerusi itu bakal jatuh ke tangan BN jika Fong tidak bertanding di di situ.

Kira-kira 150 penyokong dan wartawan mengerumuni bilik gerakan DAP Perak di Ipoh untuk mengikuti perkembangan terbaru itu.

Tiada ulasan: