KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

PAS WILAYAH Bantah & Kecam Menteri Penerangan "PERALAT" RTM Untuk KEMPEN BN!




Dr. Lo Lo bersama Hj. Mohamad Noor Mohd, Ishak Surin & Tarmizi Mohd Jam menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Menteri Penerangan, pagi tadi!

By TARMIZI MOHD JAM

HAMPIR 50 orang anggota polis simpanan menghalang kami masuk ke perkarangan Angkasapuri. Tidak kurang 20 orang wartawan dan jurugambar sudah lama menunggu.

Kami tiba jam 11.20 pagi bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohd, AJK PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin, Timbalannya, Tarmizi Mohd Jam dan Bendahari PAS, Abdul Halim Hassan.

Kira-kira 20 orang penyokong PAS mengiringi kami. Pasukan keselamatan sudah menunggu, dan terus memaklumkan kepada Mohd Nor bahawa deligasi kami tidak dibenarkan masuk ke perkarangan Angkasapuri.

Kami dilayan di luar. Begitulah kata seorang pegawai yang menangani kedatangan kami, "tidak boleh masuk, hanya serah memo kat sini sahaja".

Tidak lama kemudian, muncul Encik Nadarajah, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan Malaysia.

Setelah Dr. Lo Lo, Mohamad Noor dan Ishak Surin menyinis kerana layanan di luar sahaja, Naja mempelawa kali masuk ke pondok balai pengawal.

Mohd Noor dan Dr. Lo Lo menjalaskan kepada wakil Kementerian Penerangan itu hasrat dan tujuan penghantaran memorandum membantah penyalahgunaan RTM oleh Menteri Penerangan.

PAS menyifatkan RTM sudah menjadi jentera penerangan BN yang rasmi dan ini amat bertentangan dengan amalan demokrasi yang sihat, apabila jentera kerajaan itu digunakan sepenuhnya untuk menyokong BN dan membunuh imej parti-parti alternatif.

Dalam pernyataan ringkas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali berkata, RTM sebagai saluran informasi rakyat tidak sepatutnya menjadi agen kepada BN.

Tegasnya, dalam menyampaikan maklumat, RTM hari ini dilihat seperti cuba memburuk-burukkan dan menyerang parti pembangkang seterusnya memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Katanya, RTM sebagai agensi penyiaran rakyat sepatutnya bersikap lebih adil dalam sesuatu perkara dan memberi peluang yang sama adil kepada semua pihak untuk mengemukakan pandangan dalam apa sahaja hal dalam negara.

Hari ini RTM macam nampak radio televisyen BN pula, berita dan saluran maklumat yang berat sebelah tidak memberi peluang yang sama kepada parti-parti pembangkang," katanya.

Dalam mengulangi slot demonstrasi yang dianjurkan oleh Bersih, Lo'Lo' berkata langkah RTM itu membuatkan rakyat menjadi muak dengan kerajaan.

RTM dah over killing, rakyat muak sebab over killing. Ia tidak bagus untuk kempen BN," katanya ketika ditemui.

Lo'Lo' berharap sebagai sebuah agensi kerajaan RTM mesti bertindak neutral dan mempunyai tanggungjawab sosial bukannya menjadi alat propaganda BN.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohammad Nor Mohamad berkata, sebaik sahaja parlimen dibubarkan RTM sudah menjadi milik rakyat bukan lagi milik kerajaan BN.

Jadi, kerajaan caretaker perlu bersifat adil dan memberi peluang kepada semua pihak untuk muncul di kaca televisyen sekurang-kurangnya menyiarkan manifesto parti-parti pembangkang.

Katanya, parti politik yang bertanding diberi peluang untuk mengemukakan aspirasi mereka supaya rakyat mendapat gambaran sebenar apa yang ditawarkan oleh semua parti.

Memorandum setebal 3 muka surat itu diserahkan kepada Encik Nadarajah yang antara lain menuntut agar Kementerian Penerangan dan stesyen radio dan televisyen RTM bersikap professional, telus, adil, saksama dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi yang mengizinkan kempen-kempen dijalankan secara sihat, tidak memperalatkan jentera kerajaan sebaliknya berlaku adil dengan semua parti-parti politik di negara ini, sesuai dengan amalan Demokrasi Berparlimen – parti lawan parti dan bukannya parti lawan kerajaan.

Tiada ulasan: