KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

Demontrasi Jalanan: Media Kroni BN PUTAR-BELIT KENYATAAN Hj. HADI




Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang berceramah pada Program jelajah Presiden PAS ke Wilayah Persekutuan dan serentak pengistiharan calon PAS bagi Titiwangsa dan Putrajaya.

By TARMIZI MOHD JAM

PRESIDEN PAS, Haji Abdul Hadi Awang menafikan bahawa beliau ada menyebut jika PAS berkuasa memerintah negara, rakyat bebas mengadakan demontrasi jalanan.

Katanya, media milik Umno telah memutar-belitkan ucapannya di Kedah dan Perlis berkenaan perkara itu.

Apa yang beliau tegaskan ialah jika BA diberikan kemenangan, rakyat diberi hak untuk berhimpun secara aman bukannya demontrasi jalanan seperti yang didakwa, untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka kepada kerajaan.

Perkara ini amat baik bagi sebuah negara demokrasi kerana rakyatnya berani bersuara dan Islam sendiri katanya, mengajar agar keadilan diberi kepada semua.

Apabila rakyat berani menegur kerajaan, rakyat boleh membetulkan kesilapan dalam pentadbirannya. Jika kerajaan silap, kerajaan mesti jawab.

Keadilan adalah asas untuk semua. Bahkan sewaktu PAS memerintah Terengganu, PAS menghapuskan cukai kediaman walaupun ada di kalangan penduduk bukan beragama Islam kerana itu merupakan tanggung jawab kita," katanya.

Haji Hadi turut menyatakan sebagaimana yang dilaungkan dalam tawaran negara berkebajikan PAS, aspek pendidikan yang menjadi hak rakyat akan menjadi keutamaan PAS di mana PAS akan menekankan penggunaan bahasa ibunda dalam bidang pendidikan.

Abdul Hadi turut melahirkan kekesalan kerana kerajaan Barisan Nasional yang memartabatkan Islam Hadhari gagal menyediakan kebajikan kepada rakyat.

Jika kamu (merujuk kepada BN) tidak dapat melaksanakannya, kami yang akan laksana. Nak buat macam mana kerana duit banyak'bocor'. Beli kapal selam harga berjuta-juta dan rasuah 400 juta.

Ini termasuklah penyelewengan dalam KWSP dan Tabung Haji. Dalam tahun 80an berbahas di Parlimen kerana kerajaan membeli pesawat Skyhawk di Amerika Syarikat yang dianggap canggih dan diletak di padang pasir Arizona, tetapi tidak boleh terbang dan hanya menjadi besi buruk.

Jika begini bagaimana nak laksanakan negara berkebajikan kerana banyak berlaku 'kebocoran'," katanya yang mengundang ketawa hadirin.

Dalam pada itu, Haji Hadi menaruh keyakinan PAS pasti boleh membuat perubahan walaupun ramai pihak tidak yakin dengan keupayaan PAS untuk membuat perubahan.

Katanya walaupun PAS bertanding lebih 60 buah kerusi, PAS boleh membuat perubahan apabila semua kaum memberi sokongan kepada PAS.

Jika Umno tidak boleh umum lagi siapa jadi calonnya, kita dah umumkan di beberapa buah negeri," katanya. Turut berceramah pada malam itu Haji Subky Latiff dan Ishak Surin.


Sebelum itu, Presiden PAS tersebut telah menyampaikan kuliyah Maghrib di Surau Biru, Datuk Keramat. Ia dihadiri lebih 300 ahli kariah surau.

Tiada ulasan: