Taktik mencetuskan "kekecohan" di Perlis oleh Shahidan dipercayai cara tokoh mulut celupar itu dari digugurkan oleh anak Badawi sebagai calon!
By TARMIZI MOHD JAM
AKHIRNYA, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, lapor Utusan Malaysia.
Ia sekali gus menamatkan desas-desus beliau mungkin digugurkan atau berpindah ke Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Ia juga telah meleraikan rasa tidak puashati para penyokongnya di Perlis, untuk memboikot pilihan raya kali ini jika Shahidan terkantoi.
Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini sekejap tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan