KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

UMNO HANCURKAN MELAYU Untuk Raih Undi Cina & India - DATUK PADUKA IBRAHIM ALI

By TARMIZI MOHD JAM

DATUK PADUKA Haji Ibrahim Ali membalas SMS saya dan mohon "doakan kemenangannya" dalam pilihan raya akan datang. Ringkas dan pendek.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ibrahim, atas keterbukaan PAS Kelantan memilih dan mengizinkan beliau bertanding dalam pilihan raya kali ini di Parlimen Pasir Mas.

Hajat saya untuk menginterbiu beliau, terkandas kerana jadualnya kini makin sibuk.

Begitu juga, janji saya untuk membawanya berceramah di Markaz PAS Darul Ummah, Kg. Pandan tidak kesampaian.

Namun, beliau sempat memberi SMS kepada saya semalam; "Mampuslah politik orang Melayu. Parti Melayu takut hilang undi bukan Melayu sehinggakan Perlembagaan yang menjamin 2/3 peruntukan untuk Melayu dalam perlesenan, biasiswa dan pegawi kerajaan nak dibuang begitu sahaja. HANCUR SUDAH fasal 153Perkara 4 'HAK KEISTIMEWAAN MELAYU yang dijamin DALAM PERLEMBAGAAN. Ini HAK YANG DITUKAR DENGAN KERAKYATAN.... Umno TAK RELEVAN LAGI UNTUK MELAYU. Umno hancurkan MELAYU demi undi KAUM CINA DAN INDIA... Sikap pemimpin HADARI. Sedarlah umat Melayu Islam!"

Begitulah bunyi SMSnya yang panjang. Ibrahim menghantar kepada saya dua kali SMS. Teksnya berjela-jela juga.

Apapun, mantan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, kini giat berkempen di Pasir Mas dan musuh-musuhnya pula sibuk ke hulu ke hilir "meletupkannya" bagi menaikkan kemarahan orang-orang PAS terhadap beliau.


Tiada ulasan: