Sidang Media Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad dan Dr. Lo Lo Ghazali selepas menyerahkan Memorandum Bantahan kepada RTM
By HUNUSAN LIDAH.COM
BARU-BARU ini PAS telah menghantar memorandum kepada RTM sebagai membantah siaran-siaran stesyen berkenaan yang tidak adil kepada pembangkang.
Antara yang dibantah ialah penyiaran klip video himpunan BERSIH yang mereka kaitkan dengan keganasan.
Dalam berita TV1 semalam sebagai mengulas memorandum berkenaan, menteri yang bertanggungjawab Zainuddin Maidin seolah-olah mendakwa bahawa penyiaran berkenaan sebagai mempromosikan PAS yang menyertai himpunan BERSIH dan beliau berkata PAS tidak harus marah dengan tindakan RTM ini.
Nampaknya kenyataan Menteri Penerangan ini benar-benar hendak memperbodohkan rakyat.
Di sini kita tidak marah jika mereka hanya siarkan sedutan daripada himpunan BERSIH itu kerana dalam himpunan berkenaan tidak nampak pun bahawa peserta himpunan BERSIH bertindak ganas.
Tetapi yang kita tidak setuju dengan klip yang disiarkan saban waktu ialah mereka mengaitkannya dengan keganasan. Seolah-olah melalui himpunan itu PAS melakukan rusuhan.
Jika benar Zam kata bahawa penyiaran itu untuk memberi liputan kepada PAS dan BERSIH, sepatutnya dinyatakan sekali dalam klip berkenaan bahawa himpunan BESIH itu diadakan kerana sistem pilihanraya di negara ini yang tidak adil untuk parti-parti pembangkang seperti PAS.
Tetapi yang jelas tujuan klip berkenaan hanya untuk mengaitkan PAS dengan keganasan.
Jika tuan-tuan baca pula laman Web BERNAMA hari ini, Zainuddin Maidin sekali lagi berbohong apabila menafikan bahawa media berat sebelah; Zainuddin Sangkal Media Berat Sebelah.
ALOR STAR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyangkal dakwaan parti pembangkang bahawa media membuat laporan yang berat sebelah sedangkan mereka juga menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri masing-masing.
Katanya senario itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap media tetap wujud walaupun pada masa sama mendakwa media tidak memberi peluang dan keadilan yang saksama kepada mereka.
"Apa yang boleh kita agak, selepas pembangkang kalah mereka akan kata pilihan raya berjalan tanpa amalan demokrasi yang sewajarnya dan tidak adil.Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com - 23 Febuari 2008.
Sedangkan kita pun tahu berapa banyak ruang yang diberikan kepada parti pemerintah untuk berkempen berbanding dengan parti pembangkang.
Jika Zam kata pembangkang menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri, Barisan Nasional pula setiap hari menggunakan media yang ditunggangi oleh mereka untuk menyerang pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan