KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

Video BERSIH: Demokrasi Ala Malaysia MEMBANTAI Rakyat BERHIMPUN AMAN!

By TARMIZI MOHD JAM

Inilah DEMOKRASI ALA MALAYSIA yang membantai penunjuk perasaan dalam sebuah PERHIMPUNAN AMAN rakyat bermaruah di negara ini.

BN gentar dan mempergunakan pihak keselamatan untuk bertindak bagi pihak mereka... Anak Badawi berkokok dalam Perhimpunan Agung Umno, kononya beliau "Pantang Dicabar!"

Menantunya, Khairy Jamaluddin juga mencabar pihak keselamatan agar ditangkap penganjur Perhimpunan Aman Bersih.

Mereka menafikan hak berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Lagak mereka, bagai pencinta tanahair tetapi memijak Perlembagaan dengan kuasa yang dirompak dari rakyat!

Inilah yang berlaku kepada rakyat di bumi bertuah, tanahair tercinta; mereka dinjak-injak dalam Perhimpunan Aman anjuran BERSIH pada 10 November 2007 di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih di Malaysia!

Salahkah mereka berdemontarsi? Mengapa perlu dimuntahkan gas pemedih mata? Mengapa ghairah memancutkan air kimia? Mengapa galak menggari rakyat tanpa senjata?

Tiada ulasan: