KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 29, 2008

BN Peralat Gambar MUSA HASSAN TAKUTKAN Pengundi Pos Polis!

BN kini benar-benar terdesak, sanggaup "memeperalatkan" wajah Ketua Polis Negara sebagai penjawat awam untuk mengisi kempen politik. Ini satu bentuk penyalahgunaan imej penjawat awam!

By TARMIZI MOHD JAM

DALAM perkembangan lain, PAS mendesak agar pihak bertanggung jawab segera menjalankan siasatan terhadap calon BN Dun N.19 Demit Kelantan Dato' Muhamad Abdul Ghani berhubung dakwaan salah laku beliau sebagai Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahril, dakwaan terhadap Muhamad Ghani itu juga difahamkan turut disertakan kepada pihak BPR.

Ini bermakna, nama Muhamad Abdul Ghani "terlepas" dari tapisan BPR jika benar beliau pernah dihadapkan tuduhan salah laku itu ketika memimpin PBTM.

PAS juga turut melahirkan rasa kesal kerana Barisan Nasional (BN) dengan sewenang-wenangnya telah menggunakan wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menghiasi menifesto BN di muka surat 6, Bab Undang-undang dan keselamatan awam.

PAS berpendapat, penggunaan wajah Ketua Polis Negara merupakan satu bentuk penyalahgunaan imej penjawat awam untuk kempen politik.

Roslan berkata, dengan menggunakan wajah Ketua Polis Negara seolah-olah BN mengharapkan semua undi pos dikalangan anggota dan pegawai polis akan mengundi mereka!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pastikan seluruh jentera pilihan raya PAS di kawasan bertanding buat report polis terhadap salah laku BN:

1. Guna bangunan kerajaan sebagai Bilik Gerakan
2. Guna kakitangan kerajaan untuk kempen
3. Guna kenderaan kerajaan untuk kempen
4. Guna RTM untuk kempen.
5. Guna Sekolah untuk kempen.

Teruskan dan perbanyakan buat report polis dan hantar nota bantahan serta diselitkan sekali dengan sebatang penyapu tanda mereka itu tidak bersih.