KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

PAS Wilayah Sokong Petugas Guna CITIZEN ARREST Untuk TERBIYYAH Petugas BN

Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari laporan dibuat berkenaan penyelewengan BN menggunakan jentera dan bangunan, PAS ujarnya akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'!

By TARMIZI MOHD JAM


PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh dan menyambut baik amaran keras Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar para petugas PAS bertindak sendiri jika BN menggunakan jentera atau bangunan milik kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.

PAS akan bertindak, kata Mohamad Sabu, jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari laporan dibuat berkenaan penyelewengan BN menggunakan jentera dan bangunan kerajaan untuk kepentingan mereka, PAS ujarnya akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'!

Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Haji Ishak Surin menyifatkan amaran ini sebagai konsisten dan perlu ditangani oleh semua petugas PAS dalam pilihan raya kali ini bagi mempastikan BN tidak wewenang memperalatkan jentera dan bangunan kemudahan kerajaan bagi tujuan kepentingan politik mereka.

Dengan cara ini, tegas beliau, BN mampu "ditarbiyyah" agar menghormati pilihan raya sebagai pertarungan parti dengan parti dan bukannya parti dengan jentera kerajaan.

Haji Ishak kesal, bukan sahaja media cetak ditunggangi BN tetapi semua televisyen diperalatkan sepenuhnya untuk berkempen memburuk-burukkan BA, mengulangi "kejahatan" mereka seperti dalam pilihanraya-pilihan raya yang lalu.

Beberapa hari lalu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi amaran "Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'!"

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERKONGSIAN BAHAN DI WWW.BAHANKEMPEN.COM


Oleh: Kelab Maya Barisan Rakyat

Kepada: Mana-mana penggerak/ pendokong/ aktivis/ campaigners/ individu/ kumpulan

Objektif: Mewujudkan Pusat Perkongsian Bahan Kempen PRU-12 (upload dan download)

Kaedah:

1) Untuk menghantar bahan kempen (dokumen, power point persembahan, poster, video dll), sila emailkan kepada bahankempen@yahoo.com

2) Untuk mendownload bahan, sila ke www.bahankempen.com

BAHAN AKAN SENTIASA DI UPDATE. SILA SEBARKAN