KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

Dun BOTA BERGEGAR: AKTIVIS Cawangan Umno BERKEMPEN UNDI PAS?

Datuk Nasharuddin Hasyim, dipindahkan dari parlimen Parit ke Dun Bota bagi meredakan kemarahan penyokong Umno di Dun itu.

By TARMIZI MOHD JAM

NAMPAKNYA, semalam (21 Feb 2008) Umno Parit terpaksa membuat rombakan mengejut apabila angin politik Umno di Dun Bota mulai bertiup kencang.


Lima nama calon bagi mengisi Dun itu terpaksa dihadapkan kepada Tajol Rosli semalam, di kedimaan rasminya di Ipoh.


Setelah diteliti dan ditimbangtara, Tajol memutuskan agar satu lagi rombakan dibuat bagi menyelesaikan masalah yang kian kronik. Kononnya menarik rambut dalam tepung.


Datuk Che Ri Daud, mantan Adun Bota digugurkan. Ahli Parlimen Parit, Datuk Nasharuddin Hasyim ditarik ke Dun tersebut dan kerusi parlimen diisi oleh calon yang boleh diterima semua, Ustaz Nizar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu.


Matlamatnya untuk mengelakkan "percakaran" sesama sendiri antara orang-orang Yusof Nordin (mantan Setiausaha Umno bahagian), Datuk Nasharuddin Alang Saidin (mantan Ahli Parlimen Parit), Abdul Rashid Hanafiah (AJK Umno Bahagian) dan Ketua Wanita Umno Bahagian Parit.


Menurut sumber, pagi ini terdapat sekumpulan penyokong Datuk Ri Daud yang digugurkan, dikatakan mengadap Ketua Bahagian, Datuk Zaim Abu Hassan agar merombak semula keputusan dan mengizinkan Che Ri bertanding sekali lagi.


Dalam pertemuan itu, mereka dipercayai mengungut Zaim. Jika isu ini tidak selasai, mereka dikatakan akan berkempen seperti pilihan raya tahun 1999 di pelusuk kampung, agar penyokong Umno mengundi PAS dan PKR dalam pilihan raya 8 Mac ini.

PAS dan PKR telah mengumumkan calon-calon mereka iaitu Ketua Muslimat PAS Kawasan, Dr. Najihah Ahmad di Parlimen Parit, Ismi Mat Tiab di Dun Blanja dan calon PKR, Usaili Alias di Dun Bota.

Tiada ulasan: