KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 23, 2008

Semua Penyokong BA Diseru Memeriahkan Penamaan Calon Putrajaya & Titiwangsa ESOK!

Calon PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Datuk Haji Ghazali bersama wakil India Settlement Titiwangsa.

Calon PAS Putrajaya, Hj. Mohamad Nor Mohamad bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mantan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Subky Abdul Latiff.

By MUHD FADLOL HADI


TIMBALAN Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli, penyokong dan simpatisan Barisan Alternatif (BA) di Wilayah Persekutuan bersama-sama menyertai perarakkan menamakan calon di Parlimen Putrajaya dan Titiwangsa esok, 24 Februari 2008 mulai sewal jam 7 pagi.

Katanya, mereka boleh berkumpul seawal jam 7 pagi di Surau Al-Ikhwan Persint 9 dan kemudianya berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Persint 9 bagi menamakan calon Haji Mohamad Nor Mohamad di Parlimen Putrajaya.

Di Parlimen Titiwangsa pula, mereka diminta berkumpul di sebelah IKM Kg. Pandan seawal jam 7 pagi dan kemudian berarak ke pusat penamaan calon bersama calon, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, tidak jauh dari sini.

Semua kawasan bantu, tegasnya, diminta menggerakkan jentera dan mengerahkan ahli dan penyokong ke pusat penamaan calon esok.

Tarmizi turut menasihatkan para penyokong agar menjaga akhlak, tidak terperangkap dengan provokasi pihak BN dan mengikut arahan keselamatan Unit Amal dari masa ke semasa.

Pada 19 Februari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan dua calon yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya, masing-masing Dr. Lo Lo Ghazali dan Haji Mohamad Nor Mohamad.

Tiada ulasan: