KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

FONG Tetap Tidak Mahu Tanding PARLIMEN BATU GAJAH!

Fong tetap tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen Batu Gajah, walaupun sudah dua penggal beliau mewakili DAP di kerusi ini.

By TARMIZI MOHD JAM

HARAPAN DAP belum lenyap. Tetapi Fong Po Kuan, mantan Ahli Parlimen DAP selama dua penggal di kerusi Batu Gajah itu tetap dengan pendirian tidak mahu bertanding kali ini.

"Ia merupakan satu keputusan yang sukar. Saya tidak boleh menimbang semula keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini," katanya dalam blog beliau pada laman web DAP.

Fong, 34, bertindak demikian dipercayai krisi dalaman parti itu yang membuatkan beliau mengambil keputusan demikian.

Gara-gara Fong berkahwin dengan Ketua DAP Johor baru-baru ini, kata sumber terdapat udaha untuk memindahkan beliau bertanding di Johor tetapi beliau berasa kecil hati.

Fong adalah antara 12 ahli Parlimen DAP musim lalu. Beliau adalah luluasan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut sumber, Lim Kit Siang sedang beruasaha untuk memujuk Fong tetapi sehingga kini beliau tidak boleh dihubungi melalui telefon.

Tiada ulasan: