KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 22, 2008

NIK AZIZ Umum Calon PAS Kelantan MALAM INI!

Tok Guru Nik Aziz akan mengumumkan calon-calon PAS seluruh Kelantan pada Ceramah Mega di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam ini!

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Kelantan akan mengumumkan secara rasmi semua calon-calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada satu majlis khas bertempat di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini, 22 Feb.

Menurut kelantankini.com, pengisytiharan semua calon peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis tersebut yang bermula dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah.

Pada masa sama juga semua 14 kawasan seluruh Kelantan akan mengumumkan calon di tempat masing-masing secara serentak.

Menurut sumber PAS Kelantan, sebahagian daripada calon PAS pada PRU-12 ini adalah muka baru dengan dua daripadanya adalah calon muslimat.

Antara DUN yang akan menyaksikan calon baru ialah Demit, Salor, Kijang, Kadok, Kemuning, Temangan, Tendong, Wakaf Bharu dan Kok Lanas.

Bagi peringkat parlimen pula hampir semuanya menyaksikan perubahan kecuali di tiga kawasan parlimen.

Antara tokoh tertinggi PAS yang akan bertanding di Kelantan kali ini ialah Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga kawasan parlimen di Kelantan telah diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Machang, Tanah Merah dan Ketereh.

Sehubungan itu orang ramai dan penyokong PAS diminta menghadiri majlis tersebut terutamanya bagi menunaikan solat hajat khas untuk mengekalkan kerajaan Kepemimpinan Ulamak yang diterajui PAS.

Orang ramai yang ingin menghadiri program berkenaan diminta membawa sejadah masing-masing. Program bermula selepas Maghrib.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Senarai Calon PAS Kelantan DUN & Parlimen PRU-12 boleh lihat di sini:

http://kelantankini.com/blog/pilihanraya-umum/calon_pas_kelantan.html