KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

Munajat Perdana & BAI'AH CALON Titiwangsa & Putrajaya MALAM INI!

TG Haji Abdul Hadi sewaktu program pengemuman calon PAS Wilayah di Markaz PAS Daruk Ummah pada 19 Februari lalu.

By HIDAYATUL JANNAH


SEMUA petugas pilihan raya PAS Wilayah diminta hadir beramai-ramai pada Program Munajat Perdana & Bai'ah Calon di Surau Biru, Kg. Datuk Keramat mulai Maghrib malam ini (21 Feb 2008).

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam berkata, program ini dimulai dengan majlis berbuka puasa (puasa sunat seperti yang diarahkan sebelum ini), bacaan Yassin, dikuti Bai'ah Calon dan Tazkirah Pilihan Raya.

Para petugas juga akan melafazkan ikrar petugas sebagai mengambil tanggungjawab dan memikul amanah menjalankan kerja-kerja pilihan raya tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.

Hanya dua calon yang akan berbai'ah malam ini iaitu calon Parlimen Putrajaya, Haji Mohamad Nor Mohd dan calon Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Datuk Ghazali.

Menurut Tarmizi lagi, bagi calon Parlimen Labuan, Matusin Abdul Rahman, bai'ah calon akan dilakukan di Labuan sebelum hari penamaan calon, Ahad ini.

Tiada ulasan: