KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

Haji HADI KEKAL di Marang, Rhu Rendang: Abu Bakar Chik & Wan Mutalib TIDAK BERTANDING!

TG Haji Abdul Hadi yang disebut-sebut tidak bertanding di Dun Rhu Rendang akhirnya diistihar bertarung di Dun tersebut dan mengekalkan sebagai calon di Parlimen Marang!

BY KELANTANKINI.COM

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac ini.

Senarai calon yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustapha Ali di Rusila malam tadi menyaksikan PAS membariskan 24 muka baru termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu melawan calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Razali Ismail.

Manakala Parti Keadilan Rakyat pula akan bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun serta lima kawasan DUN iaitu Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bandar dan Telemong.

Bagaimanapun tiga calon PKR yang akan bertanding di kawasan Kota Putera, Seberang Takir dan Telemong masih belum diputuskan.

Dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu penyandang kerusi Dewan Undangan negeri Batu Burok, Dato’ Wan Abd Muttalib Embong dan Dato’ Abu Bakar Chik menarik diri daripada bertanding.

Malah seorang lagi nama besar dalam parti iaitu Setiausaha Perhubungan PAS negeri Yahaya Ali turut menarik diri di kawasan Alur Limbat bagi memberi laluan kepada Mustafa yang sebelum ini bertanding di Parlimen Dungun dan DUN Pengkalan Berangan pada pilihan raya 2004.

Tiada ulasan: