KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 21, 2008

Datuk Che Ri Daud DIGUGURKAN: Peluang PKR RAMPAS SEMULA Dun Bota Makin CERAH!

Datuk Che Ri Daud dan isteri, Adun Bota yang makin sah akan digugurkan berikutan bantahan cawangan-cawangan Umno dalam Dun itu dikatakan makin runsing dan gelisah!

By TARMIZI MOHD JAM

UMNO Parit makin sulit dan bercelaru untuk menentukan siapakah calon terbaik di Dun Bota, Parlimen Parit. Lima nama dikemukakan dan masing-masing pengikut berdegil mahu proksi mereka yang bertanding.

Makin sah! Adun Bota sekarang, Datuk Che Ri Daud akan digugurkan dari menjadi calon BN di kerusi tersebut ekoran terdapat banyak bantahan dari cawangan Umno dalam Dun berkenaan.

Hari ini, rombongan Umno Parit dan penyokong calon masing-masing khabarnya mengadap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Tajol Rosli di Ipoh, bagi memutuskan siapakah calon terbaik untuk Dun Bota.

Sekurang-kurangnya terdapat lima nama dikemukakan oleh cawangan-cawangan dalam Dun Bota bagi mengisi kerusi yang bakal dikosongkan oleh Adun sekarang.

Mereka ialah Yusuf Nordin, mantan Setiausaha Umno Bahagian, Nasharuddin Alang Saidin, AJK Umno Bahagian, Abdul Rashid Hanafiah, AJK Umno Bahagian, Ustaz Nizar, Ketua Pemuda Umno Bahagian dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian itu.

Apa yang menarik, jia terpilih salah sayu nama calon berkenaan, cawangan-cawangan Umno yang proksi mereka tidak terpilih difahamkan akan menutup bilik gerakan dan menurunkan semua poster dan bendera BN di Dun itu.

Malah, sudah ada cakap-cakap terbuka, jika si polan- si polan yang bertanding, mereka akan berkempen agar ahli dan penyokong BN mengundi calon PKR, Usaili Alias.

Dua kerusi lagi dijangka "selamat" bagi Umno kerana tidak menghadapi sebarang masalah dalaman, iaitu Parlimen Parit yang akan ditandingi oleh Datuk Nasharuddin Hasyim dan Dun Blanja, yang bakal dipertahankan Exco Kerajaan Perak, Datuk Zaim Abu Hassan.

Tiada ulasan: