KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 24, 2008

WAN UBAIDAH Menang Tanpa Bertanding Dun KIJANG!

By TARMIZI MOHD JAM

SEHINGGA jam 2:12 tengahari tadi, terdapat kerusi-kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh calon-calon dari BN dan PAS atas beberapa sebab teknikal dan hilang kelayakan.

PAS umumnya dan Muslimat parti itu dijangka meningkatkan motivasi kerja mereka setelah menang satu kerusi tanpa bertanding di Dun Kijang yang diwakili Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Ubaidah Omar apabila calon yang dikemukakan oleh BN didapati hilang kelayakan akibat bankrap.

Bagaimanapun, BN secara umumnya telah menang tanpa bertanding diempat kerusi Parlimen di Sarawak, satu di Sabah dan satu di Johor, menjadikan enam semuanya.

Parlimen tersebut seperti berikut:

01. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) Kalabakan (Sabah)
02. Datuk Seri Azalina Othman (BN) Pengerang (Johor)
03. Aaron Ago Dagang (BN) Kanowit (Sarawak)
04. Norah Tun Rahman (BN) Tanjung Manis (Sarawak)
05. Alexander Nanta Linggi (BN) Kapit (Sarawak)
06. Joseph Entulu Belaun (BN) - Selangau (Sarawak)

Datuk Azalina Othman mencatat sejarah kerana beliau sudah dua kali menang tanpa bertanding sejak bertanding di kerusi berkenaan, iaitu pada 2004 dan sekarang 2008.

Sementara itu, BN juga menang tanpa bertanding didua kerusi Dun seperti berikut:

01. Datuk Ramlee Marhaban (BN) - Bugaya (Sabah)
02. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) - Sementa (Selangor)

Sehingga tengahari tadi, bantahan dari pihak PAS bagi Dun Chempaka yang diwakili oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ditolak oleh SPR.

Dengan penolakan itu, bermakna pilihan raya akan diadakan di kerusi Menteri Besar Kelantan tersebut.

Tiada ulasan: