KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

IBRAHIM ALI Jadi SASARAN Umno Kelantan GODAM PAS!

Kini Ibrahim Ali (kiri) menjadi sasaran Umno Kelantan untuk menggodam PAS! Dato' Zaid, khabarnya tidak dicalonkan lagi di kerusi Parlimen Kota Bharu!

By TARMIZI MOHD JAM


KEPUTUSAN PAS memilih Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas "mengejutkan" Umno Kelantan.

Juak-juaknya, mempersoalkan tindakan PAS itu dengan mengaitkan Ibrahim, sebagai "Raja Lompat" dan "Lompat Si Katak Lompat" yang dibenci PAS selama ini.

"Bagi PAS kini, Ibrahimlah calon terbaik mereka, biarpun hakikatnya Ibrahim suatu ketika dahulu adalah musuh ketat yang pernah mengecam PAS habis-habisan," lapor Utusan Malaysia hari ini.

Kebimbangan Umno Kelantan ditandai dengan komen-komen mentah para juak-juaknya seperti Mohd Alwi Che Ahmad, Ketua Penerangan Umno Kelantan.

Katanya, beliau percaya PAS terdesak sehingga sanggup menerima orang paling kuat mengecam dan menghina pemimpin parti itu.

Alwi yakin, kerjasama Ibrahim dengan PAS untuk membolehkannya mendapatkan kerusi akan memberikan keuntungan kepada Umno untuk menguasai semula kerusi Dun dan parlimen di Pasir Mas.

Sebelum ini, sanggahtoksago.com melaporkan desas-desus bahawa Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru berlaku, yang akhirnya merugikan PAS.

Utusan Malaysia hari ini mengungkit kembali, serangan PAS terhadap Ibrahim dengan mendakwa beliau "Raja Lompat" kerana suka melompat parti.

Malah, bagi mengukuhkan serangan itu, Ibrahim didakwa akhbar primitif Umno itu sebagai orang yang sedia diperalatkan oleh PAS demi untuk menghidupkan semula karier politiknya yang kini berada di hujung tanduk.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke 11, Mei 2004.

Ibrahim mendapat 6,198 undi. Bagaimanapun, kerusi itu terus dimenangi oleh PAS melalui calonnya, Ustaz Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa Pilihan Raya Kecil Dun Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon BN, Hanafi Mamat.

Tiada ulasan: