KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

DAP Batu Gajah BERGOLAK Bila FONG Undur?

By TARMIZI MOHD JAM

AHLI Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan yang baru menamatkan zaman bujangnya bulan lalu, dikatakan terpaksa berundur dan tidak bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kali ini.

Sumber memberitahu sanggahtoksago.com, Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa telah "memaksa" Fong bertanding di kawasan lain bagi membolehkan pemimpin DAP yang lain, menggantikan tempatnya.

Lim Kit Siang yang menghadiri dua ceramah bersama Fong di kawasan Parlimen Batu Gajah Jumaat lepas, turut memaklumkan bahawa beliau ada menerima panggilan bertanyakan mengapa beliau memaksa Penolong Setiausaha Publisiti Parti dan Setiausaha Pengelola Kebangsaan Wanita DAP (Fong) itu bersara?

Lim dalam blognya menafikan telah memaksa Fong, 34 bertanding di tempat lain dan kesal beliau dituduh sebagai "penjahat".

Saya tidak berbuat demikian dan Fong tidak pernah letak jawatan dalam parti," kata Lim.

Tiada ulasan: