KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 19, 2008

Sah! ANUAR TAHIR Bertanding di Dun Bintong, Kangar!

Akhirnya, Anuar Tahir diberi amanah untuk menentang calon BN di Dun Bintong, dalam Parlimen Kangar, Perlis.

By TARMIZI MOHD JAM


RIBUAN manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon oleh Presiden PAS yang diadakan di Tapak Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim Jasin dan Prof. Dr Haron Din Al-Hafiz.

Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.

Koordinator Badan Penggerak Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Haji Anuar Tahir antara yang diumumkan bertanding di Dun Bintong dalam kawasan Parlimen Kangar.

Dengan pengemuman itu, spekulasi yang tersiar dalam sanggahtoksago.com tersimpul. Dalam laporan sebelum ini, Anuar dijangka bertanding di Parlimen Bangan Serai, Perak.

Tiga Dun lagi ditandingi oleh AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena); Bendahari Jabatan Pilihan Raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang).

Sehingga kini, masih terdapat satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi.

KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi iaitu Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan serta salah satu dari Dun Baseri dan Titi Tinggi.

Ribuan manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon yang diadakan di Tapak Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim dan Prof. Dr Haron Din.

Tiada ulasan: