Apabila Pesuruhajaya PAS Pualau Pinang menyambut, maka persetujuan TG Haji Abdul Hadi menjadi perangkap makan tuan...
By RAMLI ABDUL HALIM
PAS Pulau Pinang nampaknya tidak ada masalah untuk mempertembungkan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno @ Pengerusi Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Kesediaan Presiden PAS melawan Presiden Umno yang disifatkan oleh penulis/wartawan Utusan Malaysia Rozaman Ismail sebagai kenyataan bunyinya sangat gah, berani dan ada sedikit gong direspon segera oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Salleh Man.
Beliau dipetik sebagai berkata, kesediaan Haji Abdul Hadi itu sangat dialu-alukan. Maknanya sebelum tempoh penamaan calon, terpulang kepada Presiden PAS itu untuk kotakan katanya atau sebaliknya.
Seandainya beliau kotakan katanya, ianya akan menjadi satu catatan sejarah dalam arena politik negara manakala seandainya beliau tidak mengotakan kata, maka secara tidak langsung reputasinya yang berimejkan 'tok guru' dan pejuang Islam akan rosak teruk.
Saya yakin kalau beliau bertanding melawan Pak Lah walapun kalah, imejnya tetap bersinar, apatah lagi jika majoriti undi yang Pak Lah pungut berjaya dikurang.
Namun untuk menang dan kalahkan Pak Lah adalah seperkara yang amat mustahil.
Pelbagai isu yang cela dan cuak yang membungkus anak Badawi, patutnya mampu membantu PAS menumpaskannya bukan sahaja di Kepala Batas tetapi di lain-lain kerusi BN.
Kalau beliau tidak melawan Pak Lah setelah menyatakan kesediaan untuk melawan Presiden itu, saya yakin Haji Abdul Hadi bukan sahaja akan mengulangi kekalahannya di Kawasan Parlimen Marang jika beliau bertanding di kawasan berkenaan, malah beliau juga akan kalah walaupun bertanding pada kawasan mana pun di Terengganu.
Sama ada kepercayaan (lebih kurang firasatlah juga) saya boleh dipercayai atau tidak, kita tunggu pada 8 Mac nanti.
Pejuang Islam tulen tidak perlu takut kalah untuk bertanding di mana-mana pun kerana kalah menang bukan kuasa manusia untuk tetapkannya tetapi terpulang kepada apa yang disurat dan ditakdirkannya.
Berbanding dengan di Terengganu dan Kelantan yang rata-rata majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan Islam, penekanan untuk memberi kesedaran dakwah dan mengembangkan syiar Islam perlu ditumpukan di Pulau Pinang yang walaupun pahit mencadang untuk ditelan tetapi hakikatnya kena diperakukan bahawa masa depan orang Melayu dan Islam di pulau mutiara itu semakin kelam dan berbalam.
Tenaga-tenaga hebat dan tersohor lagi berpengaruh dalam hal-hal kedaulatan dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz dan tokoh-tokoh lain juga perlu ditumpukan ke Pulau Pinang.
Orang Kelantan dan Terengganu tidak perlukan gerakan dakwah oleh tokoh-tokoh besar dan berpengaruh kerana rakyat di kedua-dua negeri memang sudah 'over' dengan gerakan dakwah.
Untuk tujuan dan maksud itu, maka kesediaan Haji Abdul Hadi untuk bertanding melawan Pak Lah tidak patut dilihat dan dianggap sebagai suatu 'kenakalan' dan 'kelucuan' yang tidak perlu diambil serius.
Sebaliknya ia perlu dialu-alukan, sempit tapak tangan, Lapangan Terbang Bayan Lepas patut ditadahkan kerana kesediaan Presiden PAS untuk bertanding di Kepala Batas.
Di kawasan Presiden PAS bertanding tentulah segala jentera akan digerakkan, maka secara tidak langsung syarahan, ceramah, kempen dan rapat umum yang diadakan akan dapat diselitkan dengan seruan dakwah, sekaligus terlepaslah tuntutan fardhu kifayah.
Soal pengundi akan menangkan Haji Abdul Hadi atau tidak terpulang kepada gerak rasa yang akan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Kuasa terhadap setiap pengundi.
Macam mana pun jika benarlah Haji Abdul Hadi mengotakan katanya, maka ianya akan menjadikan PRU 12 yang mana penamaan calonnya adalah pada 24 Februari dan hari mengundinya pula pada 8 Mac yang membabitkan perbelanjaan RM200 juta, akan menjadi satu lakaran sejarah penting tanahair.
Ia juga akan menjadi sejarah penting kepada 10,922,139 pengundi dengan 10,701,054 pemilih awam dan 221,082 pemilih pos serta 30 parti politik berdaftar dan 149,00 kakitangan SPR tidak termasuk 50,000 kakitangan sokongan.
1 ulasan:
Azan subuh mula berkumandang di Timur Indonesia bersahutan ke Pulau Jawa, Malaysia,Burma seterusnya pada bermulanya satu hari, tapi aku tidak pernah mendengar adanya Mazhab Hadahari di sana, perlu difikir "islam bangkit dari Timur" di akhir Zaman, tapi bukan Islam Hadhari yang dilaungkan boleh pegang "Wilayah orag lain sesuka hati", pegang sedap Pak Lah oii mula dengan Bahu kalau di kasi maunya lagi....
Yang peliknya Syeikh Azhar juga mengiyakan Hadhari, Mazhab apa ini?, mungkin salah satu golongan di antara 70 golongan yang disebut Baginda Rasulullah SAW di akhir zaman (hadith berkaitan akhir zaman).
Mazhab apa pun tidak bersentuh kulit laki-laki yang bukan muhrim dengan perempuan bukan muhrim, lebih baik pegang babi, tak tahulah ini adalah satu dari Rukun Islam Hadhari yang merosakkan anak dan bini, lebih baik angkut ke dalam lori hantar pergi kandang babi!
Catat Ulasan