KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 15, 2008

Anak Badawi PERLECEH Presiden PAS, SPR Tentu Tarikh PRU 12!

Keputusan menetapkan tarikh pilihan raya bukan dibuat oleh Pak Lah tetapi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini amat mengejutkan!

By TARMIZI MOHD JAM

PERDANA Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memberi komen. Kesediaan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang bertanding di Parlimen Kepala Batas dalam satu sidang media baru-baru ini, dianggap sebagai orang yang sudah tidak yakin dengan hasrat dan cita-cita untuk menawan Terengganu.

Katanya, kenapa ketika PAS mahu mengambil-alih Terengganu dalam pilihan raya ini, Abdul Hadi lari ke tempat lain (Kepala Batas)?

"Ertinya dia tak yakin dah. Dia (Abdul Hadi) kata dia nak ambil Terengganu (tetapi) dia lari nak pergi tempat lain. Apa cakap macam ini..." tegas beliau dan disiarkan oleh media hari ini.

Anak Badawi juga mengakui, keputusan menetapkan tarikh pilihan raya bukan dibuat olehnya tetapi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini amat mengejutkan.

Maknanya, "kuasa" SPR atau kuasa Tan Sri Abdul Rashid jauh lebih kuat dari pengaruh Perdana Menteri. Beliau hanya menjadi pembawa surat untuk ditandatangani oleh Agong bagi membolehkan parlimen di bubarkan.

Kedua-dua komen ini terpapar di muka depan Utusan Malaysia hari ini, 15 Februari 2008 di bahagia atas dibawah masheak akhbar tersebut.