Gelabah dengan isu skandal dan gambar itu, pembelian secara borong Harakah itu dilakukan pada Khamis 14 Februari lalu oleh "budak-budak" Rahman untuk memastikan berita skandal tersebut tidak diketahui umum.
By ANALISIS HARAKAHDAILY
PENDEDAHAN Harakah berhubung skandal moral tiga pemimpin Umno telah menyedarkan ramai pihak termasuk pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengambil perhatian serius sehingga didakwa antara punca mereka tidak tersenarai sebagai calon pilihan raya umum ke-12 Mac ini.
Mereka yang tidak dipilih ialah Ahli Parlimen BN Gombak, Dato' Dr Rahman Ismail dan 'pasangan skandalnya' bekas senator, Dato' Norhayati Onn (Ahli Exco Wanita Malaysia) dan Ahli Parlimen BN Ampang, Dr. Rozaidah Talib.
Ini termasuk pemimpin yang diragui dan dipertikaikan kewibawaannya ialah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Dato' Zakaria Md Derus yang digugurkan daripada mempertahankan DUN Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun di tempat Zakaria digantikan menantu perempuannya, Roselinda Abd Jamil, yang juga Ketua Puteri Umno Klang.
Harakah sejak tahun lalu telah mendedahkan isu skandal mereka termasuk tuduhan rasuah Zakaria manakala keluaran Harakah minggu lalu, 'Kempen 1' dan 'Kempen 3' turut menyiarkan gambar berdua-duaan Rahman dan Norhayati.
Akibatnya Rahman dilaporkan telah mengarahkan wakil dan agennya membeli sejumlah lebih 1,000 naskah Harakah yang menyiarkan gambar mereka.
Gelabah dengan isu skandal dan gambar itu, pembelian secara borong Harakah itu dilakukan pada Khamis 14 Februari lalu untuk memastikan berita skandal tersebut tidak diketahui umum.
Ramai pembeli tetap Harakah turut membuat aduan bahawa akhbar terbabit sudah tidak dijual di beberapa kedai dan ketika ditanya kepada para pekedai sekitar sini, semua memaklumkan bahawa beberapa wakil BN datang membeli Harakah secara borong, setelah diselidiki ianya atas arahan Rahman.
"Petang Khamis lalu, seorang lelaki Melayu membeli semua akhbar Harakah yang saya jual sejumlah 100 naskah. Dia cakap YB suruh beli," kata seorang pekedai buku berbangsa India di Melawati.
Menurut sumber, penyokong BN juga turut tidak yakin Rahman akan menang jika bertanding di Parlimen Gombak malah ada yang akan memberi undi protes dengan mengundi PAS jika beliau masih bertanding.
Difahamkan kedudukan Norhayati yang pada mulanya bakal diletakkan di Dun Pelabuhan Klang juga kini telah digugurkan daripada menjadi calon BN.
Sementara itu, suami Norhayati, Ir Suffian Abdul Aziz telah menfailkan tuntutan saman di Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam pada 18 Februari lalu berpunca kes berdua-duaannya itu dan akan dibicarakan pada 26 Februari depan dua hari selepas hari pencalonan pilihan raya umum ke-12.
Penyata tuntutan yang difailkan oleh Tetuan Muhammad & Co turut menyebut dakwaan beliau terhadap hubungan sulit Norhayati dengan seorang ahli parlimen.

4 ulasan:
I was extremely pleased to uncover this site. I want to to thank
you for ones time for this wonderful read!! I definitely savored
every bit of it and I have you saved to fav to look at new things on your website.
Here is my web-site; graduate certificates
Hi thеre, simplу was alert tο your blog thrоugh Googlе, anԁ locatеd that it is truly informativе.
I'm going to be careful for brussels. I'll be grateful if you proceed this in future.
Many other folks shall be benefited out of yοur wrіting.
Сheerѕ!
My site: payday loans
I personally do not mind using sucralose, however, and even though he would
often dump a couple of bowel movements a week but
still can't seem to find the energy to even clean my house. This is where antioxidants supplementing erection on speed comes in.
Feel free to surf to my web site Penis Patches
Vеry good post. І abѕolutеlу appгeсіаtе thiѕ site.
Continuе thе gоod wогκ!
Alѕo ѵiѕіt my homeраgе - payday loans
Catat Ulasan