KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

Berkempen guna bahasa Melayu: Umno tidak sambut cabaran Sasterawan Negara A Samad said


SEJAK hari penamaan calon, kempen-kempen jentera penerangan BN di semua peringkat masih menggunakan bahasa Melayu untuk menemui pengundi di Bukit Gantang. Mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris seperti kebanggaan mereka ketika mempertahankan dasar BN dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Semua jentera BN bercakap dalam bahasa Melayu ketika bertemu, berdialog dan vberceramah dengan pengundi di kampung-kampung Melayu dan ini amat bertentangan dengan kepercayaan mereka terhadap PPSMI.

Ketika berucap di Kedah, Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said mencabar pemimpin Umno untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan bercakap (kempen) di dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga mencabar agar perwakilan Umno dan pemimpin atasannya menggunakan bahasa Inggeris ketika berbahas dan mengendalikan Perhimpunan Agung Umno hujung Mac lalu, namun semuanya tidak berlaku dan mereka tetap menggunakan bahasa Melayu sebagai
perantaraan.

"Oleh kerana mereka terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka dari atas ke bawah berbincang, bertutur dalam bahasa Inggeris. Dalam kempen-kempen mereka akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris. Jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris. Hanya dengan itu mereka tahu kuasa bahasa Melayu, untuk mendapat undi dan kuasa! Bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakap lah dengan bahasa Inggeris," bentaknya ketika berucap pada program Gema Rakyat "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur" di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar
Kedah dekat sini.

Sasterawan Negara yang kini berusia 76 tahun itu, yakin hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

"Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan PKR yang boleh menyelamatkan. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniaya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi. Beliau bertekad akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam
program "Kembara Kasih Bahasa".

Tiada ulasan: