KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 29, 2009

Dakwaan Amin Iskandar dan Syed Azidi tentang kononnya PAS sertai BN Jun ini. Siapa mereka?

ISU mengenai kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno hangat kembali. Selagi PAS dan Umno tidak berpadu, selagi itulah isu ini tidak akan selesai sehinggalah pilihan raya akan datang, lapor Amin Iskandar pada blognya.

Teman saya, Syed Azidi (Kickldefela) mengatakan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun ini.
Klik disini. Sama ada perkara ini benar atau tidak tidak pulalah diketahui.

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia memberikan liputan yang meluas mengenai isu kemasukkan PAS ke dalam Barisan Nasional hari ini. Klik disini, disini, dan disini. Nampak dah terdesak sangat Umno nakkan PAS join mereka dalam BN.

Masih teringat lagi dahulu apabila membaca penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia terhadap PAS termasuklah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Diantaranya Haji Hadi pernah dilabel sebagai pemecah belah umat. Klik disini.

Malahan Laman Web Pemuda Umno turut menghina Haji Hadi dan Nik Aziz disini. Berlambak-lambak caci maki terhadap PAS yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Carilah sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Mr. Google. Berlambak-lambak ada.

Caci maki PAS kepada Umno pun handal juga. Itupun boleh dicari dengan menggunakan Mr. Google. Tapi Umno tak kisah rasanya sebab parti tersebut dah nazak. Kalau PAS masuk BN, maka kuatlah kembali parti mereka. Lepas dah kuat, boleh ulangi episod tahun 70an dulu.

Jalan terbaik ialah kembalikanlah perkara ini kepada rakyat. Buat referendum dan tanya rakyat sama ada mereka mahu atau tidak kerajaan perpaduan Umno/PAS ditubuhkan. Janganlah cari rakyat masa nak pilihanraya sahaja! Nanti kalau rakyat dah tak percaya dengan parti politik dan pilihanraya siapa yang susah?

Nota: Bacalah... untuk mengetahui rentak musuh, agar seperti kata Ustaz Nasruddin Tontawi "orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas–lepas!" Kutiplah kelainan, informasi ibarat pisau yang tajam, tak reti guna lukalah badan!

4 ulasan:

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

salam,
Nampaknya semakin jelas bahawa memang ada satu konspirasi berdasarkan apa yang ditulis ini. Adakah benar PAS akan menyertai BN atau sekadar untuk menimbulkan kegawatan dikalangan ahli PAS? Hentikan lah kerja ini. Sesuatu yang tak kena dengan tulisan ini? SIAPAKAH SYED AZIDI ITU? PRESIDEN PAS kah? PEMIMPIN TERTINGGI PAS KAH? ATAU SEKADAR BALACI YANG MENJALANKAN TUGAS UNTUK MEROSAKKAN IKATAN UKHWAH DALAM JEMAAH DAN MEROSAKKAN PAS UNTUK KEPENTINGAN GOLONGAN TERTENTU DALAM PAS. HENTIKAN LAH KERJA SESAT INI....

Abu Razeen 2 berkata...

wahai tarmizi,

bagaimana sdr boleh jadikan macai umno sebagai teman?

dan sdr sbg org Harakah pun boleh was2 samada benar atau tidak Pas akan sertai umno?

sdr patut sayangi dan hormati TGNA dan TGHH didepan dan di belakang mereka dan bahkan di alam maya virtual ini.

"caci maki Pas kpd umno pun handal juga". Minta buktikan!!!!!!!!

Abu Razeen 2 berkata...

sdr Tarmizi,

maksud sy:

bagaimana sdr , org dlm Harakah pun boleh was2 samada benar atau tidak Pas akan sertai BN?

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Saya tidak berkata atau pernah membuat kenyataan yang mengatakan PAS akan sertai BN.

Saya menukilkan tulisan Sdra. Amin Iskandar dari blognya bahawa kononnya beliau mendapat tahu dari Syed Azidi atau Kickdefela bahawa PAS akan sertai BN, Jun ini sambil bersandar entah betul atau tidak.

Tujuan saya apungkan posting itu, bagi menunjukkan betapa bodoh dan hodohnya mereka di luar sana dalam menelah politik dalaman PAS.

Jika dijenguk dari luar, maka akan tergaris komen yang jauh menyimpang dan seolah-olah mereka berada di luar garisan khatulistiwa.

Dan sebab itulah juga, apabila ada pengunjung yang menuding jari kepada saya tentang posting itu, saya selitkan nota di bawah posting berbunyi begini:

"Nota: Bacalah... untuk mengetahui rentak musuh, agar seperti kata Ustaz Nasruddin Tontawi "orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas–lepas!" Kutiplah kelainan, informasi ibarat pisau yang tajam, tak reti guna lukalah badan!

Sekian harap maklum dan mohon maaf jika ada yang tersinggung. Wallah'uaklam.