KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 02, 2009

Lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat banjiri bandar Taiping iringi calon PAS Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin
























LEBIH 50,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri tapak penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang di Wisma Perbandaran Taiping. Berbanding BN yang hanya sekitar 5,000 sahaja. Dari segi moral, imej Pakatan Rakyat dan PAS meningkat di kalangan warga Taiping dan Bukit Gantang.

Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat begitu ramai, menjadi bualan di kalangan masyarakat Cina sekitar Taiping dan mereka kagum, teruja dan terkejut dengan sambutan luar biasa rakyat terhadap PAS pada hari penamaan calon itu.

Calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaluddin diarak oleh lebih 50,000 penyokong sejak jam 7 pagi. Mereka mula berkumpul di Masjid Kapitan Keling, Masjid Lama dan Masjid Daerah taiping sejak tengah malam. Kira-kira jam 7.30 pagi, solat hajat diadakan di Masjid Taiping, Kg. Jambu dan kemudian perarakan bermula.

Namun sebelum itu, sejak jam 5 pagi para penyokong Pakatan Rakyat sudah begerak menuju tempat penamaan calon dan pergerakan itu berterusan, tidak putus-putus sehingga jam 11 pagi. Malah setelah pencalonan diumumkan jam 11.30 pagi, para penyokong masih berterusan datang ke tempat penamaan calon.

Tiada ulasan: