KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 20, 2009

PAS Batu calonkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin Naib Presiden PAS!










Tarmizi Mohd Jam menyampaikan ucapan penangguhan bagi pihak Jawatan Kuasa PAS Kawasan Batu

PAS Kawasan Batu , dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 minggu lalu mencalonkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai calon kerusi Timbalan Presiden setelah menewaskan Dato' Husam Musa pada pusingan undi secara angkat tangan.

Mesyuarat yang dirasmikan Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu itu turut mengekalkan pencalonan Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden dan menamakan tiga orang sebagai calon Naib Presiden iaitu Haji Mohamad Sabu, Husam Musa dan Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun, nama Dato' Mahfuz Omar tercicir setelah undi angkat tangan dilakukan antara beliau dan Husam bagi kerusi Naib Presiden itu.

Semua jawatan utama peringkat kawasan dipertandingkan. Cikgu Ishak Surin berjaya mempertahankan jawatan Yang Dipertua, sementara Haji Shuhaimi Abdul Rahman mengekalkan kerusi Timbalan Yang DiPertua. Bagaimanapun, Tarmizi Mohd Jam yang dulunya Ketua Penerangan PAS dipilih sebagai Naib Yang Dipertua yang baru setelah menewaskan tiga calon lain.

Mesyuarat diadakan pada 12 April 2009 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar jam 9.30 pagi. Seramai 108 perwakilan hadir pada mesyuarat tersebut. Sebelum itu, Salbiah Abdul Wahab dan Rafaie Abdul Razak masing-masing mengekalkan jawatan Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu.

1 ulasan:

pasbangi3 berkata...

lama tak berkunjung ke markaz TM ..
harapnya tetap terjaga rapi, bahkan lebih baik dari sebelumnya.

kalau terjaga rapi, boleh juga disewakan untuk program jamaah kampus, pasti atau ngo..