KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 16, 2009

PAS Batu calonkan Nasaruddin Timbalan Presiden, masing-masing Husam, Mohd Sabu dan Nizar untuk Naib Presiden


PAS Kawasan Batu dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 23 pada 12 April lalu telah mencalonkan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Dato' Husam Musa, Haji Mohamad Sabu dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Bagi pencalonan jawatan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin terpaksa diundi setelah ada pencalonan lain dari Dewan Pemuda PAS Kawasan, Husam Musa. Bagaimanapun setelah diundi secara angkat tangan, Nasaruddin mengatasi Husam. Untuk jawatan Naib Presiden, Husam Musa berjaya mengatasi Mahfuz Omar setelah diundi angkat tangan dan menang dengan sebulat suara.

Pada mesyuarat itu, semua jawatan tertinggi kawasan dipertandingkan. Seramai tiga orang dicalonkan untuk jawatan Yang Dipertua, tiga orang untuk Timbalan Yang Dipertua, empat orang untuk Naib Yang Dipertua dan dua orang untuk Ketua Urusan Ulama.

Setelah semua 108 perwakilan membuang undi, Cikgu Ishak Surin mengekalkan jawatan Yang Dipertua. Begitu juga Haji Suhaimi Abdul Rahman yang mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua. Muka baru bagi jawatan Naib Yang Dipertua dimenangi oleh Tarmizi Mohd Jam yang sebelum ini Ketua Penerangan. Ustaz Azhar Yahya kekal sebagai Ketua Urusan Ulama.

Usul tergempar berkenaan penerimaan "Kerajaan Perpaduan" tidak diterima oleh mesyuarat. Dua usul dari cawangan dibahaskan. Mesyuarat yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kira-kira jam 10.30 pagi.

2 ulasan:

HAMBALI SELAMBAU berkata...

Tahniah kepada blogger Tarmizi yang kini terpilih jadi Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu.

Ingat blogger2 ni hanya syok tulis komen dan ceting kat internet jer rupanya boleh jadi pimpinan parti politik juga.

Semoga berjaya dan terus berjuang dari kami peminat Blog Sanggahtoksago!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS Kawasan Batu yang telah mengadakan Mesyuarat Agung pd 12-4-09. Dengar khabar semua jawatan dalam kawasan ditandingi - syabas, tiada yang menaraik diri. semuga pimpinan baru dapat membawa wadah perjuanagan parti kehadapan.