KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 06, 2009

Pengundi Cina lebih senang dengan calon PAS, DAP pulun kempen habis-habisan di Bukit Gantang!



Bagaimanakah penerimaan pengundi terhadap calon BN?

NGA KOO MENG: Dari kunjungan dan maklum balas yang kami terima, orang-orang Cina sebenarnya menyambut baik calon PAS. Malah sudah menjadi lumrah apabila Nizar Jamaluddin mendapat sambutan hangat berbanding calon BN. Sebab orang-orang Cina telah jemu dengan dasar diskriminasi kaum yang membeza-bezakan antara sesuatu kaum dengan yang lain.
Mereka mahu layanan yang adil dan saksama. Nizar membela semua kaum tanpa mengamalkan diskriminasi kaum yang mana dasar ini sewajarnya dihentikan dengan serta merta. Walaupun calon BN mengatakan bahawa dirinya sebagai anak tempatan tetapi apabila beliau jarang balik kampung, ia tidak membawa apa-apa perbezaan.
Orang-orang Cina juga melihat kepada dasar yang lebih daripada sentimen sama ada berasal daripada mana kerana itu bukan satu faktor yang penting.

Jika dibandingkan dengan calon PAS?

Jika dibandingkan dengan Nizar yang mempunyai personaliti yang cukup menarik dan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat serta berwawasan jauh, beliau mendapat sambutan yang sangat baik terutamanya apabila menjalankan lawatan ke kawasan tertentu. Sehingga ada sesetengah mereka yang menawarkan RM50 untuk sekeping roti canai yang dimasak oleh Nizar.

Ada yang menuduh Nizar merupakan calon dari DAP... apa komen saudara?

Ini satu lagi fitnah yang dilemparkan kepada Nizar iaitu diperkudakan DAP. Ia merupakan satu penghinaan kepada rakyat kerana Nizar menjalankan tugas beliau secara profesional dan tidak berbelah bahagi.
Semua keputusan yang dibuat adalah secara kepimpinan kolektif oleh Pakatan Rakyat. Semua persefahaman diberikan tanpa mengira kepentingan sesetengah pihak malah ianya lebih bersifat melata. Apabila Umno mengeluarkan fitnah ini, Umno sebenarnya berada dalam keadaan yang muflis isu kerana perkara tersebut tidak timbul. Malah mereka sanggup membenarkan isu yang tidak ada kaitan dengan kehidupan rakyat dimainkan.
Jika mereka mengatakan Nizar sebagai kuda, bagaimana pula dengan Najib? Dia lembu siapa? Dia pun kena bincang dengan parti-parti komponen BN yang lain.

Apa yang boleh saudara jelaskan dalam isu ini?

Segala dasar yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah berteraskan lima prinsip iaitu amanah, adil, telus, wibawa dan kebajikan yang memberi manafaat kepada semua termasuk orang-orang Melayu.
Sebenarnya Umno membuat tuduhan itu untuk melaga-lagakan orang Cina dan orang Melayu kerana menganggap PAS sebagai parti yang dominan Melayu manakala DAP dominan Cina. Ini pemikiran kuno. Setelah 52 tahun merdeka, patutnya lebih matang kerana kerana politik perkauman sudah tidak relevan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Umno main isu perkauman di sebalik tuduhan itu?

Saya hendak tanya kepada seluruh rakyat, sampai bila rakyat Malaysia harus dibelenggu oleh politik perkauman? Tetapi apa yang dimainkan oleh Umno ialah dengan mengapi-apikan isu kaum. Inilah batu penghalang kepada perpaduan nasional.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh DAP menerusi jentera pilihan raya bersama Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya ini?

Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membantu Pakatan Rakyat yang meliputi semua kawasan Bukit Gantang. Selain itu, kita menggunakan tiga pendekatan iaitu menerang, mendampingi dan bersama-sama dengan rakyat untuk menerangkan kepada mereka bagi menangkis tuduhan daripada Umno. Setakat ini kita telah membuat 20 ceramah, jamuan makan malam perdana pada 30 Mac lalu berjaya menghimpunkan lebih 2,000 orang penyokong.
Kami juga telah berjaya mengutip derma orang ramai untuk membuat iklan kempen di beberapa akhbar Cina bagi membantu kemenangan calon kita. Kalau hendak diharapkan pada akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sudah tentu tidak akan dapat disiarkan.

Menyentuh isu pemberian tanah kepada orang Cina, sejauh manakah isu tersebut menimbulkan rasa simpati pengundi Cina setelah ianya disalah erti oleh pihak BN?

Selepas mengumumkan pemberian tanah kepada orang Cina di Kampung Baru dan Kampung Tersusun, Nizar telah membuat pertimbangan kebajikan untuk semua kaum. Daripada 134 Kampung Baru, sebanyak 47,000 geran tanah dikeluarkan manakala daripada 368 Kampung Tersusun, kira-kira 100 dan 2,000 geran tanah diberikan.
Majoriti yang terlibat adalah kampung tersusun yang hampir kesemua penduduknya terdiri daripada kalangan orang Melayu. Tetapi fakta ini telah disembunyikan oleh Umno dan ianya diputar belit. Di kampung baru, sejak dari tahun 1948 lagi iaitu semasa berada di bawah pemerintahan BN mereka sekadar mendapat hak milik secara TOL iaitu tanah bagi rumah mereka tidak dijamin.

Apabila Nizar memberikan hak milik tanah itu, apa perasaan mereka?

Kini penduduk kampung begitu gembira. Menurut statistik, nilai harta di kampung baru dan kampung tersusun telah meningkat sebanyak RM15 bilion.
Secara tidak langsung, dasar ini telah membantu memperkayakan rakyat Perak dan kawasan yang terlibat hanya 6,000 hektar sahaja iaitu cuma melibatkan 0.03 peratus daripada seluruh kawasan di Perak. Ia juga tidak menggugat kutipan hasil negeri sebaliknya kerajaan negeri mendapat pulangan sebanyak RM300 juta untuk rakyat.

Maknanya tuduhan Umno tidak berasas?

Maka tuduhan Umno adalah tidak berasas. Yang lebih mengejutkan ialah apabila BN merampas kuasa, mereka telah meluluskan 35,000 ekar tanah kepada sebuah syarikat kroni mereka untuk melombong bijih timah.
Tetapi dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat, lebih 500,000 rakyat dapat menikmati faedah ini. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat menjaga kebajikan rakyat, manakala BN menjaga kroni. Jika ada satu dasar pakatan rakyat yang diluluskan untuk kepentingan satu kaum sahaja, saya rela meletakkan jawatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

btol la kot..
org kate nizar calon DAP..