KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 09, 2009

Rakyat Perak enggan beri restu pada BN, apa lagi bubar saja Dun Perak segera!



PERDANA Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak didesak membubarkan DUN negeri Perak dan mengadakan pilihan raya umum di negeri tersebut sebagai jalan untuk menyelesaikan krisis di sana.

Demikian saranan Parti Rakyat Malaysia (PRM) kepada Najib bagi membuktikan misi dan visi beliau mengalunkan perubahan dan menaja apa yang dikatakan sebagai 'Satu Malaysia' dalam dairi kepimpinannya untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN.

Setiausaha Agungnya, Koh Swe Yong juga mahu Najib meminda Perlembagaan Negara untuk melarang tindak-tanduk lompat-melompat mana-mana wakil rakyat hanya untuk mengisi kepentingan peribadi semata-mata.

"Mana-mana wakil rakyat yang telah melompat parti atau mengistiharkan diri bebas akan dengan sendirinya hilang kelayakan wakil rakyat dan satu pilihan raya kecil harus diadakan untuk membolehkan pengundi menentukan siapa yang akan mewakili mereka," katanya.

Koh juga dalam kenyataannya kepada Harakah, menuntut agar kerajaan menghentikan usaha pengswastaan perubatan, hospital awam dan universiti awam, memansuhkan penswastaan kemudahan asas seperti lebuh raya, air, letrik, petroleum, telekom serta dasar PPSMI yang sejak pelaksanaannya mendapat tentangan hebat daripada rakyat kecuali golongan elit yang berkuasa.

Kesemua kemudahan asas ini, jelas beliau tidak membantu rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Bahkan telah amat membebankan kehidupan seharian mereka, khususnya sewaktu negara dilanda krisis demi krisis.

Dalam pada itu, Koh mendakwa rakyat masih was-was dengan tindakan drastik Najib yang mahu mengkaji Akta ISA, pembebasan 13 tahanan akta itu dan menarik semula larangan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

"Semua itu sebagai gimik politik untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap Umno," ujar beliau lagi. PRM berpendapat penafian Najib itu tidak meyakinkan sebaliknya anak Perdana Mentrei kedua ini mahu mengambil tindakan yang lebih konkrit untuk membuktikan beliau komited terhadap perubahan dan menjaga kebajikan rakyat negara ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
bn mana berani bubarkan dun dan menghadapi mandat baru rakyat! mahyuddin dan zambry semacam orng hilang akal semasa ditemuramah rtm selepas keputusan diketahui. bn masih lagi dalam 'denial mode'.

yobstim.