KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 23, 2009

Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan Umno - Ahmad Awang


SOKONG pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dulu! Itu syarat yang ditetapkan oleh PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, parti itu sedia bekerjasama untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Perak sekiranya syarat itu dipenuhi.

”Pada dasarnya PAS sedia berbincang dan berunding dengan Umno demi kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat di negeri ini. Kita boleh berbincang mengenai formula ke arah (kestabilan politik dan ekonomi) itu dengan syarat Umno sedia membenarkan DUN Perak dibubarkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Ahad lalu yang mahu para pemimpin mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Sementara itu, Umno sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya Umno sahaja.

”Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat. Add Image

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri

3 ulasan:

ALI MAIDIN berkata...

Ini satu lagi pemimpin gila. Ini keputusan besar, kena kelulusan JK Pas Pusatlah

staboush berkata...

Recommended Site replica ysl bags visit this site right here replica bags online YOURURL.com Dolabuy Loewe

didey berkata...

c9r32h6l70 s3j80s1o49 i7v34z7u10 x0d90e6m56 a8o78w1i34 d4d29l3o11