KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 10, 2008

Blogger Kapak Jangak BERSUMPAH Nafi TERIMA DUIT Umno Kelantan!

Sebelum ini, banyak tuduhan liar mengaitkan Ramli Abdul Halim yang dikatakan mendapat "imbuhan" dari Datuk Annuar Musa atau Umno Kelantan. Hari ini, Ramli menafikannya secara terbuka...

By TARMIZI MOHD JAM

PEMILIK Blog Kapak Jangak yang kontroversial, Ramli Abdul Halim terus diserang oleh pengunjung blog yang tidak dikenali dengan tuduhan kononnya beliau ada atau pernah menerima imbuhan dari Umno Kelantan.

Dengan berselindung “anonymous” pengunjung itu mendesak dan mencabar Ramli, 52, agar bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau menafikan tuduhan tersebut.

“Saya mulai hari ini, mencabar Saudara Ramli Abdul Halim, tuan punya Wasilah dan Blog kapak Jangak bersumpah dengan nama Allah yang perlu disiarkan di dalam akhbarnya Wasilah selama empat keluaran, di dalam blognya Kapak Jangak selama empat minggu berturut-turut bahawa Saudara tidak pernah menerima atau meminta duit atau apa-apa manfaat politik daripada parti Umno, atau agen-agen parti Umno, mahupun mana-aman instrument kerajaan yang berkaitan Umno”; begitulah cabaran yang dibuat penuh serius.

Ramli dalam reaksinya menafikan dakwaan jahat tersebut dan melafazkan sumpahnya seperti yang tertera dalam blognya. Untuk membaca bait-bait menarik sumpahnya, pengunjung boleh terus membaca dan teliti di alamat berikut: http://ramliabulhalimmelayu.blogspot.com/ .

Beliau yang juga Ketua Pengarang Mingguan Wasilah, bagaimanapun enggan menyiarkan pernyataan sumpahnya itu di Mingguan Wasilah dan Blog Kapak Jangak, kerana ia dianggap tidak sesuai.

“Saya hanya sambut seruan anda sahaja dan jika anda ditimpa musibah ekoran sumpah yang anda desak saya lakukan ini maka anda kena redhalah menerimanya,” tegas beliau dalam respon balasnya yang tersiar dalam blog kendaliannya, Kapak Jangak.

Minggu lalu, Ramli turut menerima surat saman dari Dato Husam Musa berkenaan beberapa komen yang mengaitkan tokoh PAS Kelantan itu yang didakwa palsu dan fitnah.

Husam melalui peguamnya meminta Ramli mengeluarkan komen-komen tersebut yang disiarkan pada sekitar 24 dan 26 Januari 2008.

Namun, Ramli dalam reaksinya enggan mengeluarkan komen tersebut dan menyatakan kesediaannya untuk "bertembung" dengan Exco Kerajaan Kelnatan itu di mahkamah!

Tiada ulasan: