KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 10, 2008

Ayam Sabung PAS, MOHD SABU Tanding Parlimen KUALA TERENGGANU!

Teka-teki di mana Mohamad Sabu bertanding pilihan raya kali ini terjawab, apabila Presiden PAS sendiri mengesahkan desas-desus itu dalam Harakahdaily!

By TARMIZI MOHD JAM

NAIB Presiden PAS, Mohamad Sabu makin sah bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang. Khabar angin sebelum ini, berkenaan kawasan tersebut akhirnya tersimpul.

Sebelum ini, bertiup kencang desas-desus, kononnya beliau tidak mendapat tempat di Kedah kerana beberapa sebab dalaman.

Kini, nasib politik pemidato berkarisma ini, terletak ditangan pengundi Kuala Terengganu untuk membolehkan suara serak basahnya bergema dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umu ke 12 nanti.

"PAS Terengganu menawarkan kerusi selamat kepada beliau," kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin ketika dihubungi.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam satu laporan Harakahdaily hari ini (10hb. Februari 2008) mengesahkan Haji Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi yang pernah dimenangi oleh Syed Azman Syed Nawawi.

Sebelum ini Mohamad Sabu bertanding di Parlimen Kuala Kedah, dan pernah menjadi ahli Parlimen Kuala Kedah bagi pilihan raya umum 1999. Dalam pilihan raya umum 1990, beliau menang di Parlimen Nilam Puri.

Sekali lagi, dalam pilihan raya umum 1995, Mohamad Sabu berpindah kerusi ke Kubang Kerian dan menang. Dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, beliau tumpas di Kuala Kedah setelah terjebak persempadanan semula kawasan parlimen bikinan jahat BN.

Sementara, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pula akan bertanding di kerusi Dun di Terengganu. Dr Syed Azman adalah bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 1999.

Semasa bertanding pada pilihan raya umum 2004, Dr Syed Azman tewas kepada calon BN, Dato' Razali Ismail.

Adakah Mohamad Sabu akan berdepan dengan Ahli Parlimen BN, Dato' Razali Ismail dalam pilihan raya kali ini?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I absolutely love your site.. Pleasant colors & theme. Did you build this web
site yourself? Please reply back as I'm looking to create my very own blog and want to learn where you got this from or exactly what the theme is called. Kudos!

Feel free to visit my web page; safe diets

Tanpa Nama berkata...

Wow, wonderful weblog layout! How lengthy have you ever been blogging for?
you make running a blog look easy. The whole look of your site
is great, let alone the content material!

my web-site ... phentermine equivalent