KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 10, 2008

LEDAKAN Kebangkitan Rakyat Di Pasir Salak CEMASKAN Tajuddin Abd Rahman?

Umno Pasir Salak kini cemas dengan sambutan luar biasa rakyat terhadap ceramah-ceramah PAS dan PKR. Ada yang berkata, selepas Presiden PAS menggempur, Anwar Ibrahim pula ziarah, lonjakkan luar biasa pasti akan berlaku tidak lama lagi.

By TARMIZI MOHD JAM

PAS PERAK menggempur Pasir Salak kerana senario politik di kawasan itu dikatakan cukup berlainan sekali, sejak muktahir ini.

Semenjak Ramli Ngah Talib tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak, dan Allahyarham Megat Junid Megat Ayub dikalahkan dengan teruk di Parit dalam pilihanraya umum 1999, pola pengundi kini dikatakan cenderung kepada parti alternatif.

Jelajah Presiden PAS ke Perak semalam, 9hb. Februari, telah meningkatkan motivasi masyarakat di sana disamping menemukan pimpinan PAS Pusat, Negeri dan Kawasan di Padang Majlis Daerah Kampung Gajah.

Himpunan perdana rakyat diadakan di padang majlis berkenaan bermula jam 10.00 pagi. Ketibaan pimpinan PAS Pusat di kawasan tersebut disambut dengan iringan pukulan rebana.

PAS boleh guna Padang Majlis Daerah Kg. Gajah? Ini cukup mengkagumkan. Bukan senang nak dapat permit dan kelulusan penggunaan padang yang dikuasai oleh juak-juak Umno itu.

Bagi saya, ia adalah simptom perubahan yang sedang melanda. Dalam pilihan raya umum 1999 di Parlimen Parit, ceramah-ceramah begitu mudah dianjurkan.

Pihak polis memberi kerjasama yang cukup baik. Kadangkala, dua tiga hari ceramah mahu diadakan, permit yang dipohon tetap diluluskan.

Ceramah-ceramah kecil, mahupun yang mega-mega tidak pernah dihalang oleh polis seperti kempen-kempen 2004 dan sekarang.

Malah, perarakan kereta dan motorsikal yang diadakan sebanyak dua kali di mengelilingi Parlimen Parit, tidak dibantah polis sekalipun ada protes dari Umno Bahagian.

Ketika itu, banyak pihak yang dikuasai Umno, membantu dengan cara masing-masing bagi menjayakan segala program PAS.

Ini kunci yang menyebabkan PAS menang besar di Parit dalam pilihan raya 1999 itu.

Namun, ledakan perubahan ketika ini dikatakan menjulang BA di Pasir Salak, khususnya Dun Kg. Gajah yang bakal ditandingi PAS.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang seingat saya, pernah turun menggempur Kg. Gajah sekitar tahun 1986 di Markaz PAS Kg. Gajah yang ketika itu terletak simpang tiga, pekan kecil tersebut; yang kini menjadi tapak gerai MDPT.

Dan menjelang pilihan raya umum 1999, Datuk Fadhil Noor juga turut menggempur kawasan ini. Hampir 50,000 membanjiri perkarangan PASTI, tidak jauh dari jambatan Kg. Gajah.

Kedatangan Presiden PAS kali ini, menyampaikan amanatnya kepada seluruh pimpinan PAS negeri dan rakyat yang hadir pada Program Jelajah Presiden ada kelainannya.

Ia diadakan pada waktu siang bukan malam, seperti kebiasaanya.

Ini juga satu lagi simptom dan petanda BN akan tumbang dalam pilihan raya tidak lama lagi.

Apatah, pada masa yang sama, khabarnya, Umno juga menganjurkan Perkampungan Islam Hadhari bersebelahan stesyen bas Kg. Gajah, tidak jauh dari tapak Program Jelajah Presiden.

Khabarnya, Padang Majlis Daerah Kg. Gajah lebih meriah, lebih ceria dan lebih ramai pengunjungnya berbanding Perkampungan Islam Hadhari anjuran Umno itu.

Menurut sumber, penyokong-penyokong Speaker Dewan Rakyat, Ramli Ngah Talib sudah berkempen secara “senyap” untuk menjatuhkan bakal calon BN parlimen itu, Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak.

Ramli sudah berada dalam zon selamat kerana kedudukannya sebagai Speaker Dewan tidak memerlukan dirinya bertanding dalam pilihan raya.

Ini menyebabkan, para penyokong Ramli mahu “membalas dendam” terhadap Tajuddin yang juga regu Allahyarham Megat Junid ketika bertempur dengan Ramli di Pasir Salak sebelum ini.

Ledakan perubahan para penyokong Umno di Pasir Salak ini, sudah dirasai oleh Umno Bahagian itu.

Beberapa kali mesyuarat Umno kebelakangan ini, dikatakan masih membincangkan isu mengapa orang Melayu yang dulunya penyokong Umno sudah mula menentang arus.

Umno Pasir Salak kini cemas dengan sambutan luar biasa rakyat terhadap ceramah-ceramah PAS dan PKR. Ada yang berkata, selepas Presiden PAS menggempur, Anwar Ibrahim pula ziarah, lonjakkan luar biasa pasti akan berlaku tidak lama lagi.

Sambutan hangat rakyat terhadap beberapa program PAS dan PKR sebelum ini, membuktikan ledakan perubahan itu sedang berlaku.
Di sinilah Residen Inggeris yang pertama, JWW Birch mati dibunuh oleh Puntung, orang upahan Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor.

Ini diperkukuhkan lagi kemungkinan sikap penduduk di sini yang berani, akan membantu mereka melakukan perubahan.

“Suasana di Kg. Gajah ni, macam di Parit dulu. Tahun 1999. Orang Umno sendiri yang mengeluh tak mahu undi BN,” tegas seorang penjual suratkhabar yang meninjau dan mendengar sendiri keluahan-keluahan mereka setiap hari.

“Apa lagi yang kami nak. Semua dah dapat masa Ramli jadi MB dulu. Kami nak turunkan harga barang je. Takkan kami nak undi BN. Mesti undi PAS, baru BN kecut perut,” ujar seorang anak muda di pasar basah Kg. Gajah.

Parlimen Pasir Salak dijangka akan ditandingi oleh PKR melalui calonnya yang disebut-sebut salah seorang Naib Presidennya, Mustapha Kamil Ayub yang juga Ketua PKR Bahagian Pasir Salak. Beliau adalah anak jati Kg. Gajah.

Ramai yang berpendapat, Tajuddin Abdul Rahman akan mengikut jejak Megat Junid Megat Ayub yang tumpas di tangan rakyat pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Great dеliѵеry. Sοlid aгgumеnts.
Kееp up thе gгeat effort.
My web site :: 1 month loan

Tanpa Nama berkata...

Heyа i am for the fiгst time hеrе.

I came аcroѕѕ thiѕ board anԁ I finԁ It
truly useful & it helped me out a lot. I hope to give ѕomеthing bаck and aid otherѕ likе уou
aidеd me.

Feel fгee tο viѕіt mу weblοg .
.. Property for Sale

Tanpa Nama berkata...

I blog often and I seriously thank you for your information.
This great article has truly peaked my interest. I will take a note of your site and keep checking for new information about once a week.
I subscribed to your RSS feed as well.

Look at my webpage ... exercises to increase vertical leap

Tanpa Nama berkata...

I'm not sure why but this blog is loading very slow for me. Is anyone else having this problem or is it a problem on my end? I'll check back later
on and see if the problem still exists.

Feel free to surf to my webpage: exercises for vertical jump

Tanpa Nama berkata...

Thаnκs designеd fοr ѕhаring suсh а niсе idea, ρiece of wrіting iѕ pleаsant,
thats ωhy і haѵe reаԁ іt
fully

Alsο visіt my blog - Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Hi there, its fastidious paragraph regarding media print, we all understand media is a wonderful source of facts.


my webpage :: vertical leap workouts

Tanpa Nama berkata...

Hi, Ӏ ԁο thinκ this is a great site.

I stumbledupon it ;) I ωill rеturn yet аgaіn
since і hаve book-markeԁ іt.
Money and frеeԁom is the grеаtest way to change,
mаy уou be rich and сontinue to guіdе οthегs.


Also visit my webѕіte ... loans for bad credit