Umno Pulau Pinang sering dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab menghancurkan DEB di pulau itu.
By PENARIK BECA
GEROMBALAN muka tak malu tiba-tiba menjadi hero memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tunjuk perasaan tiba-tiba menjadi budaya Umno, walaupun sebelum ini mereka mendakwa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia.
Umno Pulau Pinang sering dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab menghancurkan DEB di pulau itu.
Sejak berpuluh-puluh tahun berkongsi kuasa dengan Gerakan di Pulau Pinang, apa yang Umno buat untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu Pulau Pinang dan perlaksanaan DEB di pulau itu?
Selain menjerit-jerit seperti terkena sawan, apa yang Umno buat? Melayu Tanjung Tokong hendak mendapat kawasan warisan pun puas merayu-rayu, puas dicengkam kehampaan.
Padahal, kawasan warisan bagaikan muzium. Siapa yang di waktu siang menjerit-jerit seperti pelacur ketakutan kononnya memperjuangkan hak-hak Melayu dan di waktu malamnya berlutut di hadapan tauke-tauke besar untuk merundingkan harga projek-projek yang hendak dijual dan dikhianati?
Di Selangor, Malaysiakini melaporkan:
Meanwhile, about 100 people believed to be Umno members and supporters held a protest march in Shah Alam against the new PKR-led Selangor government.Marching from the Shah Alam state mosque to the state government building a couple of hundred meters away, they carried placards and banners denouncing PKR and its allegedly ‘anti-Malay’ allies, reported Chinese daily Sin Chew’s online portal.Among the banners, one said: ‘New Selangor government: Puppets of DAP’. Another said ‘With the abolition of the NEP, Malays will be refugees on their own land’.
Woi! Adakah ketika DEB tidak dihapuskan, Melayu tidak menjadi pelarian di tanah air sendiri?
Di Kampung Berembang, bukankah Melayu yang menyokong Umno menjadi pelarian di bumi sendiri?
Tunjuk-tunjuk perasaan itu hanya membuktikan kamu semua tidak puas-puas menipu rakyat. Kamu tetap menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan.
Lebih malang lagi, ketika Umno kini bagaikan gajah berkaki plastik (ungkapan Allahyarham Tun Ghafar Baba terhadap Umno di penghujung usianya), ada pula beberapa anasir tidak bertanggungjawab yang baru-baru ini dipilih kerana gelombang kebangkitan kuasa rakyat tiba-tiba berunding dengan Perdana Menteri dan Timbalannya.
Ada yang sehingga keperingkat main-main telefon dengan Timbalan Perdana Menteri.
Ketika Abdullah dituntut supaya berundur oleh ahli-ahli Umno sendiri, penjahat-penjahat tersebut berunding dengan orang yang memerangi kebangkitan rakyat itu.
Penjahat-penjahat yang hendak memberi nafas dan nyawa baru kepada Abdullah dengan rancangan kerjasama mereka itu tidak peduli sedikitpun penderitaan Aleyasak Hamid, cucu Pak Yazid yang mengalami kecederaan serius di kaki sehingga pecah tempurung lututnya akibat dipijak dengan kuat oleh lima pegawai polis sewaktu keadaan tidak terkawal di persekitaran stesen LRT Masjid Jamek pada 10 November 2007 lalu.
Mereka yang terkorban di Memali tak payah cakaplah. Langsung mereka tak ingat.
Kononnya atas kepentingan Melayu Islam. Yang melacurkan qaidah fiqh pula membising-bisingkan irtikab akhafu ad-dharurain atau memilih yang lebih ringan.
Bentangkan qaidah fiqh kamu itu di hadapan Allah s.w.t. di Hari Akhirat kelak! Biar Allah menentukan. Irtikab akhafu ad-dharurain atau mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan