KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

FORMULA BARU LANTIK EXCO PERAK 4:3:1?

Perak mempunyai 10 exco kerajaan negeri dan berdasarkan formula baru terbabit, DAP akan diberikan empat kerusi exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar, PKR diperuntukkan tiga jawatan exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar manakala PAS satu exco disamping jawatan Menteri Besar.

By HELME HANAFI

DALAM satu perkembangan menarik, KLpos.com dimaklumkan bahawa formula baru sedang dicapai dalam memecah kebuntuan membabitkan perlantikan Menteri Besar Perak dan barisan exconya.

Sumber memberitahu, formula sebelum ini iaitu lapan exco dari DAP, dan masing-masing satu untuk PAS dan PKR dirombak dengan komposisi, empat DAP, 3 PKR dan 1 PAS.

Menurut sumber terbabit, langkah itu dilaksanakan berikutan keprihatinan tinggi Istana terhadap permintaan DAP supaya lapan jawatan exco diberikan kepada parti terbabit selepas menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil PAS.

Perak mempunyai 10 exco kerajaan negeri dan berdasarkan formula baru terbabit, DAP akan diberikan empat kerusi exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar, PKR diperuntukkan tiga jawatan exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar manakala PAS satu exco disamping jawatan Menteri Besar.

Sementara itu, mengulas mengenai berita bahawa PKR memboikot majlis angkat sumpah hari ini, kata sumber terbabit, berita tersebut tidak benar.

"Kita tidak boikot, cuma pihak Istana mahu semua wakil kerajaan campuran berunding semula dan mendapat persetujuan bersama sebelum majlis angkat sumpah diadakan," katanya.

"Insyallah jika formula tersebut mendapat persetujuan semua parti, majlis angkat sumpah akan dilakukan esok (14 Mac)," kata sumber terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai berita bahawa PKR memboikot majlis angkat sumpah hari ini, kata sumber terbabit, berita tersebut tidak benar.

"Kita tidak boikot, cuma pihak Istana mahu semua wakil kerajaan campuran berunding semula dan mendapat persetujuan bersama sebelum majlis angkat sumpah diadakan," katanya.

DAP menguasai gabungan pembangkang di Perak setelah ia menang 18 kerusi berbanding PKR tujuh dan PAS enam menjadikannya 31 kerusi dari keseluruhan 59 kerusi. BN pula hanya mendapat 29 kerusi.

Antara jawatan lain yang turut menjadi bahan rundingan adalah Speaker Dewan Undangan Negeri dan Datuk Bandar Ipoh.

Bagaimanapun sehingga kini tiada perkembangan mengenai kepada siapakah jawatan terbabit akan diserahkan.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kesemua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Perak, hari ini diminta menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah demikian kepada wakil tiga parti berkenaan yang menghadap baginda di Istana Kinta di sini pada pukul 2.30 petang tadi.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, surat persetujuan berkenaan perlu dipersembahkan kepada baginda dengan menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas penangguhan istiadat mengangkat sumpah Mohammad Nizar, 51, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, sebagai Menteri Besar Perak ke-10 yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang tadi.

Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman sebelum istiadat bermula di Istana Iskandariah - klpost

Tiada ulasan: