"Abah puak pembangkang. DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu tidak dibuat untuk orang-orang macam abah!" - Penarik Beca
By PENARIK BECA
WALAUPUN saya dah tahu, adik saya yang menghantar SMS dan beberapa kawan lain yang saya jumpa bagaikan bertanya apabila memberitahu laporan bahawa sifu DAP, Lim Kit Siang membantah Adun Pasir Panjang dari PAS, Mohamad Nizar Jamaludin, sebagai Menteri Besar Perak.
Saya jawab "Eloklah, supaya orang kenal siapa DAP".Sebagai orang yang tahu sikit sebanyak apa yang sebelum itu berlaku, saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Malangnya...Siang tadi, anak saya yang belajar di Dungun bertanya, "kenapa kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tolak DEB (Dasar Ekonomi Baru), bah? Macam mana orang Melayu?"
Saya tidak sangka anak saya tanya begitu. Dah besar dah anak aku, kata saya dalam hati.
Saya hanya jawab, "abah tak megah sikit pun dengan DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu. Seingat abah, abah tak pernah bagi anak-anak abah makan dengan duit DEB atau hak-hak istimewa orang Melayu.
"Abah puak pembangkang. DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu tidak dibuat untuk orang-orang macam abah.
"Sejak Kelantan diperintah oleh PAS pada tahun 1990, apa yang kerajaan Kelantan, sebagai sebuah kerajaan Melayu, dapat dari DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu?"
Ketika Terengganu di perintah oleh PAS dari tahun 1999 hingga 2004, jangankan manfaat DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu, royalti minyak pun dinafikan kepada negeri Terengganu walaupun ia hak yang sah kerajaan Terengganu - di mana lebih 90 peratus penduduk negeri itu terdiri dari bangsa Melayu dan diperintah oleh kerajaan Melayu.
Harap semakin faham DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu.
Meskipun begitu, saya tetap tidak setuju dengan cakap berlagak hendak membuang DEB di Selangor dan Pulau Pinang.
Kepada orang Melayu, DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu adalah isu sensitif. Orang-orang Melayu melihat DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu sebagai jaring keselamatan atau safety net mereka.
Tindakan bercakap macam samseng hendak membuang DEB bagaikan belum duduk sudah hendak berlunjur.
Orang-orang Melayu belum diberi maklumat secukupnya tentang hakikat DEB yang sebenarnya, sudah bercakap berlagak hendak buang DEB.
Kalau orang-orang Melayu sudah nampak hakikat sebenar DEB, mereka sendiri akan membuangnya. Kalau ada sampah dalam rumah kita, biar kita sendiri membuangnya.
Kalau anak kita nakal, biar kita sendiri yang mengajarnya. Jangan pula ada Cina jual ikan yang tiba-tiba menceroboh ke dalam rumah kita dan tampar anak kita kononnya hendak mengajar anak kita.
Nak kena penerajang, try la!!
Berkaitan:
DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak (Utusan Malaysia)
... tetapi penyokong menolaknya (Malaysiakini)
Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang (Utusan Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan