KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 02, 2009

Aktivis Harakah kenakan Tshirt Hitam lancar kempen "23.3 Gantung! - Bebaskan Harakah" pada hari penamaan calon





















AKTIVIS Harakah, sebuah akhbar alternatif tersohor mengambil kesempatan pada hari penamaan calon memakai tshirt hitam, menaikan banner dan mengedar phamplet serta stiker kepada penyoong Pakatan Rakyat sebagai tanda bantahan terhadap tindakan "kurang siuman" KDN menggantung Harakah selama tiga bulan mulai 23 Mac lalu.

Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan, Irwan Mohd Zain mengedarkan risalah dan stiker kepada para penyokong di Masjid Taiping kira-kira jam 7 pagi. Kami mengagih-agihkan banner, tshirt dan stiker kepada para penyong untuk dipromosi sepanjang hari penamaan calon hari itu.

Ia memang menarik perhatian termasuk para penyokong BN dan media. Malah ramai yang bertanya, adakah tshirt hitam itu dijual kerana tertarik dengan slogannya "23.3 Gantung! - Bebaskan Harakah!".

Kami akan meneruskan kempen-kempen membantah penggantungan permit Harakah dengan pelbagai acara seperti baca puisi, forum, debat, ceramah dan hi-tea. Kami tidak boleh berdiam diri membiarkan tindakan rakus BN menggantung permit yang mnejadi hak rakyat yang sah di negara ini.

Alasan BN bukan sahaja tidak tepat, jahat dan tidak bertanggungjawab tetapi dengan sengaja menggantung untuk memenuhi kepentingan mereka yang kian ditolak oleh rakyat. Sebab itu, aktivis Harakah akan menguruskan memorandum kepada Suhakam dan KDN tidak lama lagi.

Tiada ulasan: