TEMA kempen PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang "Pertahankan Kemenangan Untuk Rakyat" benar-benar telah dihayati oleh rakyat dan ini diterjemahkan oleh mereka apabila lebih 50, 000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri bandar Taiping mengiringi calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaludin menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping.
Lautan manusia yang terdiri daripada berbilang kaum, Melayu, Cina dan India penuh semangat memberikan sokongan padu kepada Ir Mohamad Nizar yang mentalqin Umno/BN di bumi Bukit Gantang.
Banyak pihak mengatakan kehadiran kali ini lebih ramai berbanding semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh. Manakala bagi Calon BN pula hanya kelihatan sekitar 5,000 orang bagi mengiringi calon mereka.
Nizar diiringi Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Ustaz Nasarudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad awang, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham, Naib Presiden PKR, Mustapha Kamil Ayub, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, anaknya Jobind Singh Deo serta pimpinan PKR Negeri Perak.
Mereka sampai tempat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi dengan kawalan ketat dari ratusan Unit Amal. Nizar yang ditemani isterinya, Datin Seri Fatimah Taat kelihatan ceria sambil melambaikan tangan kepada penyokong.
Sementara itu, ceramah di pentas terbuka telah menarik 10,000 orang sedang berkumpul di bahagian belakang Wisma MPT, dihadapan bangunan mahkamah, di sebatang jalan mendengar ceramah dari penceramah-penceramah yang bertukar ganti. Suasana ini menarik perhatian ramai yang berkumpul sejak awal lagi.
Pegawai Pilihanraya, Dato' Mahmud Mahsudi mengumumkan tiga borang percalonan telah diterima, iaitu daripada Ir.Nizar Jamaluddin, PAS pada pukul 9.06 pagi, permohonan kedua pula oleh Ismail Safian pada pukul 9.20 pagi dan permohonan ketiga dari Bebas iaitu Kamirul Amizul Idris.
Ketika pengumuman nama Nizar diumumkan, laungan takbir dan sorakan yang bergemuruh dari penyokong Pakatan Rakyat kedengaran di mana kedudukan mereka hampir menghampiri pagar dewan. Bila selesai pengumunan, semua penyokong bersurai.
Tinjauan yang dilakukan sekitar kawasan ini, banyak pihak membuat kesimpulan bahawa penamaan calon pilihan raya kecil P059 Bukit Gantang mempunyai kelebihan dan kehebatannya sendiri dalam sejarah pilihan raya kecil sebelum dari ini.
Kebetulan pula ruang ligar dan tanah lapang sebelah Pakatan Rakyat lebih luas, selesa, berpokok dan segalanya sesuai untuk menampung lebih 50,000 orang manusia. Berita menarik yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini. Penyokong BN bertelagah sesama sendiri dan berlaku adegan lempar botol air. Namun pihak keselamatan sempat meredakan suasana.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang berlangsung dalam keadaan Krisis Perlembagaan yang teruk di Negeri Perak. Pertandingan tiga penjuru sebenarnya lebih kepada pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS menentang BN. PAS akan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada tahun 2008.

2 ulasan:
Saya amat yakin, IR PASTI menang dengan majoriti yang besar. InsyaAllah lebih 10 ribu.
mari doa ramai2 bg PAS menang besar, biar BN hilang duit pertaruhan!!!!!
Catat Ulasan