KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, April 05, 2009

"Sembah Derhaka" bukan perbuatan derhaka, hanya fitnah BN jatuhkan calon PAS - Haron Din


ISTILAH "sembah derhaka" bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja dibesarkan pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din, "sembah derhaka" bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar.

Justeru, tambah beliau seseorang rakyat akan menuturkan bahawa "patik sembah derhaka" dan ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Merujuk kes yang dilalui beliau, beliau dititah untuk mengadap seorang raja di Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian. Lalu, beliau terpaksa memaklumkan terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.

Begitu juga apabila beliau mahu dilantik untuk menjadi mufti di sebuah negeri, dan waktu beliau mahu menolak tawaran tersebut, beliau menyebut "patik terpaksa sembah derhaka".

"Ia suatu istilah bahasa istana. Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim digunapakai. Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, "sembah derhaka" sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya," tegas beliau.

Jelasnya, dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka. Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

Tiada ulasan: