BEKAS Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat tentang "kerajaan pimpinan perasuah" yang bakal memerintah negara ini. Menurut Mahathir, mereka yang menang dalam pemilihan Umno Mac lalu adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.
"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.
"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.
Pada pemilihan parti itu baru-baru, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menang menewaskan dua calon lain, Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo.
Khairy disabitkan oleh Lembaga Displin Umno sebagai terlibat dengan rasuah tetapi hanya diberi surat amaran berbanding Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam yang dihalang bertanding.
Namun adalah dipercayai, lebih ramai pemimpin Umno terlibat dengan rasuah sewaktu berkempen bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut Dato' Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.
"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin Ayub.
Sumpah Najib itu dibuat berikutan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bernama Burmaa Oyunchimeg yang memberitahu mahkamah bahawa Altantuya pernah menunjukkan gambar yang diambil di Hong Kong selepas beliau kembali dari Paris.
1 ulasan:
mahathir ini cakap umno rasuah tapi dia dok masuk umno dan sokong umno buat apa?...itulah dia cakap tak serupa bikin mahathit. kalau mahathir berkempen di bkt gantang atau selambau bertambah parahlah umno sebab komen2 mahathir pasal umno banyaknya negatif..
Catat Ulasan